Vitamin C Bantu Serap Zat Besi

Ramai yang tidak tahu bahawa zat besi merupakan mineral yang terpenting dalam badan kita. Zat besi membantu dalam proses mengangkut oksigen ke seluruh sistem otot dan organ-organ badan. Akibat dari kekurangan zat besi, kita akan mudah menjadi letih, lesu, kulit kusam serta mendapat penyakit anemia. Zat besi banyak terdapat dalam daging merah, ikan, sayur-sayuran berdaun seperti bayam, bijian kekacang, buah-buahan kering seperti kismis dan juga pelbagai jenis bijirin. Terdapat beberapa jenis gabungan makanan yang tidak boleh diambil serentak yang mana apabila diambil bersama akan mengganggu penyerapan zat besi. Contohnya pengambilan minuman yang kaya dengan polifenol seperti kola, kopi, teh serta kafien akan menghalang penyerapan zat besi. Begitu juga dengan protein soya serta makanan tenusu akan mengganggu penyerapan zat besi ke dalam badan.
 
Antara contoh makanan yang dapat meningkatkan penyerapan zat besi ke dalam badan ialah :
 
Vitamin C Menolong Menyerap Zat Besi
 
  • Buah-buahan sitrus seperti oren dan limau yang sememangnya diketahui sumber Vitamin C semulajadi. Dengan menambahkan perasa buah oren mandarin dalam masakan bayam akan membantu meningkatkan penyerapan zat besi. Begitu juga dengan minum jus oren bersama bijirin sarapan pada waktu pagi dapat memaksimakan bekalan zat besi dalam badan
  • Sayur-sayuran seperti tomato dan bayam tinggi yang kaya dengan Vitamin C. Apa kata masukkan buah tomato dalam masakan anda dan juga banyakkan makan sayuran hijau.
Tomato Kaya Dengan Vitamin C
 
  • Ubi kentang juga kaya dengan vitamin C. Masukkan sahaja ubi kentang dalam sup ayam atau daging untuk memaksimumkan penyerapan zat besi.
  • Pilih untuk masak sayur-sayuran anda berbanding makan mentah-mentah sahaja. Dengan mengamalkan masakan sayur secara sihat dapat menyerap lebih banyak zat besi dengan penambahan bawang serta ikan bilis sebagai bahan perasa.
Masak Sayur Dengan Ikan Bilis Tambah Zat Besi
 
Untuk cara yang lebih mudah, boleh ambil Vitalea bersama dengan Sustained Release Vita-C Plus. Vitalea adalah sumber bekalan multi vitamin dan mineral yang lengkap dengan zat besi. Sustained Release Vita-C Plus 500mg adalah menggunakan teknologi perlepasan 100mg vitamin C setiap jam selama 5 jam. Ini menjamin bekalan Vitamin C yang berpanjangan dalam tubuh anda. Setiap 100mg vitamin C adalah bersamaan dengan 1.5 bii oren. Ini bermakna anda telah mengambil 7 biji oren selama 5 jam. Rasanya memang mustahil untuk kita makan 7 biji oren sehari.
 
Vitamin C + Vitalea
Oleh sebab itu, amalkan pemakanan yang lengkap dengan vitamin C bagi memastikan penyerapan zat besi yang efektif agar tubuh badan kita dapat menjalankan fungsinya dengan baik. Zat besi adalah komponen terpenting dalam pembentukan darah yang mengangkut oksigen ke seluruh badan. Cukup zat besi, badan sihat dan segar, tidak letih dan lesu serta menjauhi penyakit anemia.
 
Kadang-kadang ada sahaja ibu mengandung yang memang ambil zat besi (iron) tetapi HB masih lagi rendah. Ini adalah disebabkan tanpa vitamin C zat besi tidak dapat diserap dengan baik oleh tubuh. Jadi kena ambil sekali Vitalea + Sustained Release Vita-C Plus.
 
(Sumber : livestrong)

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi

Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Bukit Naga, Kota Kemuning, Shah Alam, Klang dan pengeposan ke seluruh Malaysia.


SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934