Vitalea Untuk Kanak-kanak

Januari ini Vitalea For Children buat come back semula. Sebenarnya, agak lama juga produk ini tiada dalam pasaran. Dan kali ini, Vitalea for Children ini telah diperbaharui dan ditambah baik formulanya. Sebotol ada 60 biji. Vitalea ini adalah multivitamin untuk kanak-kanak. Pentingnya Vitalea untuk kanak-kanak memang tidak dinafikan lagi.

Vitalea Untuk Kanak-kanak

Sebagai ibu memang kita berperanan untuk menyediakan makanan berkhasiat untuk anak-anak. Tetapi, tidak dapat disangkal saya sendiri tidak boleh menjamin makanan yang disediakan mempunyai segala jenis vitamin yang diperlukan oleh mereka. Di sini, peranan penting Vitalea untuk kanak-kanak sebagai sumber bekalan multivitamin mereka mengambil tempat mengisi lompong-lompong kekurangan nutrient harian mereka. Nutrien harian penting untuk kanak-kanak semasa tumbesaran bagi menggalakkan fungsi sistem badan mereka bertindak balas dengan betul.

Pentingnya Vitalea untuk kanak-kanak jika anak anda juga seorang yang memilih makan, gemar makan makanan segera serta minum minuman berkarbonat. Vitalea juga elok diamalkan oleh anak-anak yang aktif bersukan, mempunyai masalah kesihatan yang kronik seperti athma serta mengamalkan diet vegeratrian. Vitalea memang melengkapkan keperluan nutrien harian anak-anak.

Vitalea Untuk Kanak-kanak

Selain itu, pentingnya Vitalea untuk kanak-kanak ialah :

  • Menyokong kesihatan dan pertumbuhan tulang serta gigi yang kuat dengan kehadiran kalsium serta Vitamin D
  • Menguatkan sistem imun badan dengan kehadiran vitamin c dan juga sumber zink yang mana mereka terdedah persekitaran panas, hujan serta terdedah kepada asap pencemaran.
  • Mengekalkan tenaga berpanjangan dengan adanya vitamin B memandangkan anak-anak aktif di sekolah
  • Kehadiran iodin juga menyihatkan dan meningkatkan fungsi otak kanak-kanak dalam pembelajaran
  • Mengekalkan kesihatan mata untuk lebih fokus