Umrah Percuma Dengan Shaklee

Antara kelebihan menjadi ahli Shaklee ialah kita berpeluang untuk mendapatkan pakej Umrah style VVIP secara percuma. Ditaja sepenuhnya oleh Shaklee. Umrah percuma dengan Shaklee bermula dari peralatan umrah, tiket perjalanan, tempat penginapan, makan-minum serta pakej ziarah yang ditaja sepenuhnya. Itupun setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Shaklee.

Cara mudah bagi mendapatkan umrah percuma dengan Shaklee ialah dengan menjadi ahli Shaklee terlebih dahulu. Daftarlah sebagai Shaklee Independent Distributor yang sah terlebih dahulu. Kemudian anda perlu berusaha untuk menjadi Supervisor barulah anda boleh mula untuk mengumpulkan Conference Point yang merupakan satu-satunya cara untuk anda mendapatkan umrah percuma dengan Shaklee.

Umrah Percuma Dengan Shaklee

Sejujurnya, saya sungguh teruja dan cemburu sekali apabila melihat rakan-rakan seperjuangan berpeluang untuk menghadiahkan pakej umrah percuma dengan Shaklee ini kepada ibu bapa mereka. Saya sendiri memasang niat untuk menghadiahkan umrah percuma bertaraf VVIP kepada ibu dan bapa saya. Semoga niat saya dipermudahkan. Amin….