Trip Ke Zoo Negara

Pada cuti sekolah yang lepas Kak Yong dan seisi keluarga berkesempatan untuk mengunjungi zoo Negara. Kali akhir kami pergi ke Zoo Negara mungkin 5 tahun yang lepas. Masa itu, Yasmin kecil lagi. Dan ini juga kali pertama Amani dan juga Hafiy menjejakkan kaki ke Zoo Negara.

Harga tiket ke Zoo Negara berbanding 4 tahun lepas agak mahal juga. Dewasa RM 44 dan kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas RM 16. Harga tiket ini termasuk pakej untuk melawat Pak Cik Panda. Nak tak nak memang kena lawat Panda sebab rugi rasanya dengan harga tiket yang agak tinggi.

Trip Ke Zoo Negara

Trip Ke Zoo Negara

Secara peribadi lawatan ke Zoo Negara pada kali ini agak kurang menyeronokkan. Bilangan haiwan juga semakin berkurangan. Sangkar-sangkar haiwan pun banyak yang kosong. Ada juga kawasan yang ditutup disebabkan oleh haiwan sakit mahupun dalam proses penyelenggaraan. Walau bagaimanapun, kawasan rehat dan juga kedai atau kiosk makan semakin bertambah. Jadi, ibu-ibu anak ramai usah risau kalau anak dahaga atau lapar, banyak kiosk makanan dibuka.

Trip Ke Zoo Negara

Trip Ke Zoo Negara

Walaupun begitu, paling seronok sekali sudah tentulah anak-anak Kak Yong. Boleh kenal pelbagai jenis haiwan. Seronok bagi makan haiwan. tengok pertunjukan haiwan. Lebih-lebih lagi si Hafiy. Semua haiwan dipanggilnya “CAT”. Hmmm….pakat kenal kucing sahaja. Oklah, kepada parent di luar sana yang tak tahu nak bawa anak-anak ke mana, mungkin Zoo Negara dapat dimasukkan sebagai salah satu destinasi tempat untuk dilawati. Enjoy the pictures…

Trip Ke Zoo Negara

Trip Ke Zoo Negara

Trip Ke Zoo Negara

Trip Ke Zoo Negara