Tips Untuk Suskes Diet

Masa zaman persekolahan dulu, saya ini bolehlah dikatakan dalam kategori ‘chubby’. Tapi setelah menginjak ke zaman universiti, saya dihinggapi demam panas yang membuatkan berat badan saya turun dengan mendadak, hampir 10kg. Masa itu, bukan main seronoklah, tak payah nak bersusah payah nak diet. Setelah mendirikan rumahtangga perasaan takut jika berat tidak mahu turun selepas bersalin selalu sahaja bermain di benak fikiran. Alhamdulillah, berat badan saya turun seperti sebelum lepas bersalin tetapi lebih pula 2kg coz baby fat orang kata. Anak kedua dan ketiga pun saya takut gemuk juga kerana kawan-kawan sering kata anak sulung senang turun, tapi masuk anak ketiga memang susahlah. Hmmm tetapi dengan amalan pemakanan yang seimbang serta rutin supplement Shaklee setiap hari, berat badan saya dah kembali ketika sebelum mengandung sulung. Best kan, saya memang berpuas hati dengan Shaklee.
 
Antara tips yang boleh saya kongsikan untuk memastikan diet anda sukses selain dari mengamalkan set diet Shaklee ialah:
  • Wajib mengambil sarapan pagi. Jika elak makan sarapan, otak akan memberikan isyarat ‘kebulur’ yang menyebabkan anda makan dengan lebih banyak ketika tengahari. Amalkan sarapan yang ringan, seimbang serta kaya dengan serat dan sumber vitamin seperti oat, susu rendah lemak dan roti. Atau sarapan yang senang bagi saya ialah ESP+ MealShake+ Performance Drink. Lengkap dengan sumber protein dan multivitamin dapat memberikan rasa kenyang yang lebih lama.
 
  • Boleh makan ketika lapar. Ini lagi satu tips yang sememangnya berkesan bagi saya. Pilih snack yang berkhasiat seperti yogurt, keju, biskut, buah-buahan atau roti. Jika lapar, kita akan mudah stress dan semua kerja tidak menjadi. Makan dalam kuantiti yang kerap dan sedikit.
  • Teliti kandungan nutrisi sebelum makan. Kerapkan membaca label makanan sebelum membeli-belah di pasaraya. Walaupun ada yang ditulis ‘semulajadi, ‘rendah lemak’ ‘baik untuk kesihatan’ itu sebenarnya bukan tiket untuk mengabaikan kandungan nutrisi makanan yang diambil.
  • Ingat makanan yang diambil. Catatkan jenis dan jumlah yang diambil. Cara ini boleh menukarkan pola makanan harian anda kepada yang lebih sihat. Takkan pagi petang siang malam nak makan fast food sahaja.
 
  • Fokus pada makanan. Masa makan jangan pula buat benda lain. Gigit, kunyah dan nikmati makanan dengan perlahan-lahan. Lama-kelamaan anda akan perasan yang anda sebenarnya sudah kenyang walaupun makanan yang dimbil dalam portion yang sedikit.
  • Boleh makan setiap 3 hingga 4 jam. Amalkan makanan yang sihat dan mengenyangkan seperti buah-buahan. Jika perut sentiasa kenyang waktu makan berat kuantiti yang diambil akan berkurangan.
  • Tapau makanan. Beli makanan dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Kalau dah habis tak ada masa kita nak kembali ke kedai nak beli lagi kan….
  • Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayur. Serat yang ada membuatkan metabolisme badan semakin bertambah.
 
  • Belanja yang perlu sahaja. Beli makanan yang menyihatkan dan elakkan beli ketika perut sedang lapar. Mungkin ada yang perasan, ketika lapar satu kedai pun mahu kita borong.
  • Wajib makan 25g serat setiap hari. Sumber utama dari kekacang atau oat. Bertukarlah kepada makanan kudapan jenis kekacang yang lebih menyihatkan.
(Sumber: Rapi 15/10/2013)

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi

Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Shah Alam, Klang dan pengeposan ke seluruh Malaysia.


SMS | WhatssApp : 0163964090 
Shaklee ID : 864934 
Email : azimah.zainuddin@gmail.com
FanPage : Lovehutlady Vitamin