Tips Untuk Kulit Sihat

Mendapatkan kulit sihat menjadi idaman wanita mahupun lelaki. Kulit yang sihat sudah semestinya akan kelihatan cantik, bersih dan berseri-seri. Bonus lagi, boleh kelihatan awet muda. Entri ini istimewa kepada mereka yang tercari-cari tips untuk kulit sihat. Kulit bukan sahaja kulit muka, tetapi keseluruhan anggota badan.

Tips untuk kulit sihat yang pertama sekali ialah lindungi kulit kita dari sinaran cahaya matahari. Rajin-rajinkanlah diri untuk memakai krim perlindungan matahari apabila keluar dari rumah. Jangan biarkan diri anda terdedah di panas terik matahari sekitar pukul 10 pagi hingga 2 petang kerana sinaran matahari adalah paling kuat pada waktu tersebut. Pakai pakaian kapas yang menyerap haba serta melindungi dari sinaran UV yang merbahaya.

Tips Untuk Kulit Sihat

Selain itu, jauhi tabiat merokok. Merokok boleh menampakkan kita kelihatan tua. Bukanlah hebat sangat merokok ini. Buat tambah kedutan di muka sahaja. Setiap asap yang disedut akan merosakkan sel-sel kulit serta menggalakkan lagi pertumbuhan radikal bebas dalam badan.

Paling penting sekali manja-manjakan kulit anda. Belailah kulit dengan lemah lembut. Tips untuk kulit sihat ialah jangan mandi terlampau lama kerana kulit akan hilang kelembapannya serta gunakan sabun yang tidak merengsa. Lap sehingga kering dengan lembut kulit anda dan juga jika bercukur jangan terlampau kasar.

Tips Untuk Kulit Sihat

Tips untuk kulit sihat jangan lupa amalkan pemakanan yang seimbang dalam diet harian. Amalkan sayur-sayuran, buah-buahan serta protein yang mencukupi untuk pembaharuan sel kulit. Paling senang ambil sahaja supplement. Set Kecantikan Shaklee boleh membantu.

Tips Untuk Kulit Sihat

Elakkan juga tekanan serta stress yang melampau. Apabila anda stress tanpa sedar, muka akan mudah berkerut yang menyebabkan kedutan pada kulit wajah. Selain itu, tekanan juga menyebabkan kulit berminyak dan ditumbuhi jerawat. Oleh sebab itu, kak Yong harap tips kulit sihat ini dapat membantu semua dalam usaha mencantikkan diri anda.