Tips Umi Kekal Bertenaga

Sebagai umi yang berkerjaya dan melakukan bisnes online secara part time, sememangnya Kak Yong kena sentiasa kekal bertenaga dan sihat. Jadual harian yang padat membuatkan kak Yong perlu berada dalam keadaan cergas.  Sesibuk mana pun saya pada waktu siangnya, pulang sahaja ke rumah kena melaksanakan kerja rumah serta memperuntukan masa selama sejam setengah setiap hari untuk mengajar anak bujang saya ulangkaji. Sebenarnya, banyak juga tips umi kekal bertenaga yang Kak Yong praktikkan hari-hari.

Tips Umi Kekal Bertenaga

Antara tips umi kekal bertenaga yang kak yong amalkan ialah mandi air sejuk pada awal pagi. Air sejuk ini menambahkan kesegaran untuk memulakan aktiviti harian. Cucuran air sejuk membantu Kak Yong untuk berfikir dan merancang aktiviti untuk dilakukan sepanjang hari.

Jangan lupa bersarapan. Sarapan itu penting untuk kekal bertenaga dan juga mantain berat badan ideal. sarapan awal pagi Kak Yong yang wajib diambil setiap hari ialah ESP + Performance Drink. Cukup segala khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan.

Tips Umi kekal bertenaga yang paling penting ialah minum banyak air kosong setiap hari. Kalau boleh 2.5 hingga 3 liter sehari. Sebab utama untuk kecantikan serta mengelakkan dehidrasi. Jika kekurangan air dalam badan, Kak yong mudah menjadi pening serta mecam buntuk untuk berfikir.

Jika terlalu penat, jangan lupa berehat seketika. waktu rehat Kak Yong tentulah luangkan masa dengan berkhalwat dengan pencipta. Waktu solat memberikan masa untuk kita bertafakur dan memberi ketenangan jiwa. Walau bagaimanapun, jika terlampau letih memandangkan tengah berbadan dua, tidur sekejap waktu tengahari dalam 15 minit mungkin membantu tips umi kekal bertenaga.

Tips Umi Kekal Bertenaga

Paling penting sekali amalkan makanan berkhasiat. Tubuh kita perlukan makanan untuk tenaga, tumbesaran serta menjaga kesihatan. Amalkan pemakanan seimbang, tendah kolesterol serta banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Paling mudah bagi Kak Yong mengambil nutrien lengkap yang diperlukan dalam bentik pil vitamin. Vitalea, B Complex dengan Sustained Released Vita-C Plus memang wajib diambil setiap hari. Itu sahaja cara Kak Yong dapat menjamin nutrisi yang mencukupi untuk Kak Yong.

Semoga dengan tips umi kekal bertenaga yang Kak Yong kpngsikan dapat membantu sedikit sebanyak ibu serta mama lain di luar sana berusaha sehabis baik untuk menjalankan tugas harian dengan anak-anak serta tuntutan kerja di pejabat.

6 Comments

  1. Imran February 15, 2015
    • Azimah February 23, 2015
  2. islam di dadaku February 19, 2015
    • Azimah February 23, 2015
  3. mrhanafi February 19, 2015
    • Azimah February 23, 2015