Tips Seterika Baju Batik Crepe

Bulan lepas Kak Yong dapatlah baju sponsor dari Jabatan untuk program di pejabat. Baju jenis sutera batik crepe gitu. Selalunya, kalau jenis kain macam ni memang Kak Yong hantar ke dobi sahaja untuk dry cleaning bersekali dengan siap gosok untuk memudahkan kerja.

Tips Seterika Baju Batik Crepe

Masalah kain batik sutera crepe ini memang susah untuk digosok. Gosoklah berapa kali pun lepas digantung dalam setengah jam pasti akan kedut balik. Seterika Kak Yong pula jenis cap ayam yang berat 2kg dan jenis dry iron sahaja. Ini terpengaruh dengan adegan turun temurun dari kecil yang sukakan seterika jenis berat. Hmmm…bilalah nak dapat seterika idaman iron Philips yang digilai ramai itu. Seterika itu memang antara wish list Kak Yong.

Tips Seterika Baju Batik Crepe

Oklah cukup merapu berkenaan dengan seterika. Tips ini Kak Yong dapat dari rakan sekerja. Caranya mudah sahaja. Kita masukkan sedikit pelembut fabrik yang macam-macam jenama di pasaran sekarang seperti Softlan, Daia ataupun Downy ke dalam bekas penyembur air. Agak-agak wangi bau penyembur kira cukuplah sukatannya. Selepas itu, kita sembur di atas permukaan kain tersebut dan seterika seperti biasa. Tips utama masukkan pelembut fabrik!

Kak Yong sudah cuba dan memang sangat puas hati. Kain maintain tak kedut dan seterika pun laju sahaja meluncur. Dan paling best, kalau gantung sehari semalam kita tengok kain itu macam baru digosok. You all kena cuba sendiri nanti. Selamat mencuba.

4 Comments

  1. Wan Zawawi February 11, 2017
  2. nikkhazami February 11, 2017
  3. siti hazreen February 12, 2017
  4. Arnie March 6, 2017