Tips Seimbangkan Hormon

Tips seimbangkan hormon ini berkait semula dengan entri semalam. Boleh cuba tips ini dengan mengubah cara kehidupan anda jika mahukan tips seimbangkan hormon secara semulajadi. Cara semualajadi pun boleh amalkan dan of course tambahkan GLA Complex untuk bantu lagi seimbangkan hormon.

Antara tips seimbangkan hormon ialah :

  • Jangan skip waktu makan. Amalkan mengambil set hidangan lengkap untuk waktu sarapan pagi, makan tengahari dan juga makan malam. Jika anda sedang dalam proses menguruskan badan, boleh sahaja amalkan makan dengan mengambil portion hidangan yang sedikit. Dengan mengambil ketiga-tegia hidangan lengkap sehari, anda sebenarnya membenarkan metabolisme badan berfungsi dengan baik, sempurna dan teratur. Ramai yang tidak tahu, bahawa apabila kita mengelak untuk mengambil sarapan pagi, metabolisme kita akan turun disebabkan oleh kekurangan kalori untuk ditukarkan kepada tenaga. Ini sebeanrnya menjadikan tubuh badan kita semakin gemuk.

    Makanan Karbohidrat Tinggi

    Makanan Karbohidrat Tinggi

  • Kurangkan karbohidrat tinggi glisemik indeks dan gula dalam makanan. Kurangkan makanan yang diperbuat daripada tepung, beras dan juga alkohol adalah salah satu tips seimbangkan hormon badan. Ada juga karbohidrat yang sihat seperti ubi kentang atau pisang.
  • Makan makanan yang kaya dengan serat seperti roti penuh gandum, nestum mahupun oat. Serat ini membantu untuk mencernakan makanan di dalam usus supaya usus kita sihat dan bersih serta mengelakkan toksin berkumpul dalam badan.
  • Sayuran Tinggi Antioksidan

    Sayuran Tinggi Antioksidan

  • Tips seimbangkan hormon yang lain ialah makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi antioksidan. Lagi meriah warna buah atau sayur tersebut lagi tinggi antioksidannya seperti anggur, tomato, lobak unggu.
  • Amalkan makan asid lemak yang sihat seperti makanan yang kaya dengan asid lemak Omega 3 dan Omega 6 seperti ikan salmon, telur dan kacang soya. Kalau guna minyak masak boleh tukar kepada minyak zaitun mahupun meinyak bunga matahari.
Ikan Salmon Kaya Dengan Omega 3

Ikan Salmon Kaya Dengan Omega 3

  • Tips yang paling penting ialah makan banyak protein setiap hari. Protein mengandungi asid amino yang diperlukan oleh badan untuk menjalankan fungsinya termasuklah menstabilkan perjalanan hormon. Makanan tinggi antioksidan juga penting untuk meningkatkan keupayaan badan untuk melawan radikal bebas mahupun bakteria yang merosakkan sel punca kepada ketidakstabilan hormon. Tips lain nak tahu cukup ke tidak protein mahupun antioksidan dalam badan ambil sahaj ESP dan juga Set Antioksidan Shaklee (ACE).

Diharapkan dengan perkongsian tips seimbangkan hormon dapat membantu mereka yang di luar sana. Cara semulajadi melalui diet pemakanan dan melalui supplement semuanya usaha yang boleh dilakukan. Yang menyembuhkan hanya Allah jua 🙂

2 Comments

  1. Arnie August 11, 2014
  2. Azimah August 12, 2014