Tips Rangsang Banyak Susu Ibu

Kak Yong nak kongsi tips rangsang banyak susu ibu yang dibaca daripada Majalah Rapi Mac 2015. Biasalah kadang-kadang ada masanya kita terlupa perkara yang perlu diamalkan bagi mengelakkan pengeluaran susu merundum.

Tips rangsang banyak susu ibu yang pertama sekali ialah kerapkan sesi penyusuan samada secara terus kepada bayi mahupun aktiviti mengepam. Kerapkan mengosong payudara. Semakin kerap sesi penyusuan tubuh badan akan memberikan isyarat untuk menghasilkan lebih banyak susu bagi memenuhi permintaan. Paling-paling kurang amalkan pengosongan payudara setiap 3 jam sekali.

Tips Rangsang Banyak Susu Ibu

Kerapkan susu atau mengepam pada waktu malam juga tips rangsang banyak susu ibu. Hormon prolaktin banyak dihasilkan pada waktu malam sekitar jam 12 tengah malam sehingga 6 pagi. Lagi banyak hormom prolaktin ini dirangsang dengan proses penyusuan In Shaa Allah banyaklah susu yang dihasilkan oleh badan.

Satu lagi tabiat yang perlu dielakkan ialah menunggu payudara penuh barulah hendak mengosongkannya. Tak perlu tunggu penuh sebelum menyusukan bayi atau mengepam. Amalkan sahaja rutin yang sama iaitu setiap tiga jam sekali susukan bayi atau pam ketika di pejabat. Setahu Kak Yong anak bujang Kak Yong si Hafiy tu setiap sejam setengah hendak menyusu. Oleh sebab itu, jangan risau jika payudara tiada susu sebab susu ibu dihasilkan mengikut permintaan. Keraplah kosongkan payudara tanpa perlu tunggu membengkak.

Tips Rangsang Banyak Susu Ibu

Tips rangsang banyak susu ibu juga adalah kerapkan minum air kosong. Sekurang-kurangnya 2.5 hingga 3 liter. Air suam lebih elok berbanding air sejuk. Sebab air sejuk berdasarkan pengalaman Kak Yong boleh mengurangkan pengeluaran susu. Tapi Kak yong ini jenis spesis derhaka, suka minum air sejuk…

Akhir sekali tips rangsang banyak susu ibu ialah biarkan si comel menyusu selama mana yang dia mahu. Tawarkan kedua-dua belah payudara. Tetapi, pastikan bayi minum sepuas-puas dahulu sebelah payudara sebelum memberikan susu di bahagian sebelah lagi. Jika memngepam, lagi lama proses mengepam lagi bagus. Kadang-kadang ada second let down jika kita teruskan mengepam walaupun tiada susu lagi. Pastikan juga payuadara telah benar-benar ksoong sebelum sesi mengepam dihentikan.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Bukit Naga, Kota Kemuning, Shah Alam, Klang, Jalan Kebun, Bukit Tinggi dan pengeposan ke seluruh Malaysia.

SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934
Email : azimah.zainuddin@gmail.com

11 Comments

  1. arnie November 9, 2015
    • Azimah November 16, 2015
  2. Ikhwan November 9, 2015
    • Azimah November 16, 2015
  3. mrhanafi November 10, 2015
  4. Sani November 10, 2015
    • Azimah November 16, 2015
  5. Hero Borneo November 11, 2015
    • Azimah November 16, 2015
  6. ohcikgu November 26, 2015
    • Azimah December 1, 2015