Tips Penyusuan

Ramai ibu-ibu di luar sana yag bercita-cita untuk menyusukan anak sehingga berumur dua tahun. Walau bagaimanapun, hajat itu mungkin tidak kesampaian disebabkan beberapa faktor yang membantutkan usaha serta melemahkan semangat ibu-ibu sekalian. Meh saya kongsikan sedkiti tips bagi menjayakan sesi penyusan bayi sehingga dua tahun dengan gembira :
 
  • Amalan sebelum bersalin, banyakkan membaca pelbagai bahan bacaan yang boleh menambahkan ilu penyusuan ibu-ibu. Kerana tanpa ilmu anda akan cepat patah semangat bila melihat hasil susu anda tidak seperti yang diharapkan
 
  • Amalkan membaca Surah Al-Hujurat dan Al-Kautsar ketika mengandung. Selalulah membaca doa “Ya Allah …permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan…AMIN.
  • Selain itu, amalkan surah Al_baqarah ayat 60 dan niatkan dalam hati agar Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu untuk menyusukannya sehingga dua tahun
 
  • Selepas bersalin kerapkan sesi penyusuan secara direct feed. Ini adalah simulasi mulut bayi adalah cara yang terbaik untuk merangsang kelenjar susu 
 
 
  • Kosongkanlah breast ibu-ibu dengan memerah atau menyusukan bayi setiap dua ke tiga jam sekali. Lagi kerap anda mengosongkan breast lagi banyak susu akan terhasil. Kelenjar susu akan memberi isayarat ke otak bahawa lebih banyak susu perlu dihasilkan berdasarkan permintaan
  • Mengamalkan pemakanan yang berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran serta makanan yang tinggi protien kerana komposisi susu ibu adalah protien
 
 
  • Banyakkan minum air kosong lebih dari 2.5 liter sehari. Elakkan minuman bergas, kafien dan sejuk kerana ini boleh mengurangkan susu ibu
  • Lebihkan pengambilan kalsium atau minum susu dalam sajian harian anda
  • Banyakkan ambil makanan penggalak susu seperti barli, halba, sayur sawi, buah kurma dan sebagainya. Yang sebenarnya apa jua makanan kesukaan ibu-ibu boleh diambil kerana jika ibu gembira penghasilan susu akan bertambah baik
 
  • Untuk membanyakkan hasil susu anda, ibu-ibu boleh mengamalkan Power Pumping. Power pumping ialah memerah susu selama 10 minit breast anda dan berehat selama 10 minit. Ulang rutin ini selama sejam
  • Amalkan zikir Ya Matin (Maha Sempurna Kekuatan) ketika menyusukan bayi atau memerah susu. Yakinlah In Shaa Allah susu badan akan bertambah.
  • Mental dan emosi ibu-ibu perlulah tenang dan gembira sepanjang sesi penyusuan dua tahun ini. Yang penting sekali ibu-ibu perlulah membetulkan niat menyusukan bayi KERANA ALLAH. In Shaa Allah akan mempermudahkan segala urusan ibu-ibu.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi

Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Bukit Naga, Kota Kemuning, Shah Alam, Klang dan pengeposan ke seluruh Malaysia.


SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934