Tips Mudah Membuang Air Besar Ketika Berpuasa

Sudah masuk 5 hari kita berpuasa. ramai juga yang mengeluh mengalami kesukaran untuk melakukan qadha hajat ketika bulan puasa ini. Banyak toksin termendap di dalam badan akibat sukarnya untuk membuang air besar. Entri ini adalah tips mudah membuang air besar ketika berpuasa.

Sukar-Membuang-Air-Besar-Ketika-Berpuasa-tips-mudah-membuang-air-besar-pengedar-Shaklee-Shah-Alam-Klang-Kota-Kemuning-Jalan-Kebun-Sri-Muda-Bukit-Naga

Sukar Membuang Air Besar Ketika Berpuasa

Tetapi sebelum itu, mari kita kenal pasti dulu punca kenapa sukar membuang air ketika berpuasa.

  • Ketika berpuasa kita kurang bergerak. Disebabkan kurangnya melakukan pergerakan harian maka perjalanan serta pergerakan najis dalam usus pun menjadi perlahan.
  • Kurang minum air putih. Purata pengambilan air putih adalah sebanyak 2.5 liter sehari bagi orang dewasa. Namun, ketika berbuka kita cenderung untuk mengambil air manis. Dan juga, tempoh masa yang singkat kepada waktu tidur membuatkan kita kurang mengambil berat tentang pengambilan air kosong.
  • Lebih banyak makan nasi, mi dan juga lauk pauk berbanding sayur-sayuran yang kaya dengan serat. Kesimpulannya kurang makan makanan yang kaya dengan serat untuk memudahkan proses membuang.
  • Selain itu, ketika berpuasa pola pemakanan harian kita juga turut berabah yang mana akan mengganggu kelancaran proses pembuangan.

Perkongsian tips mudah membuang air besar ketika berpuasa ialah:

  • Lakukan banyak pergerakan seperti berjalan-jalan untuk memudahkan kelancaran pergerakan makanan untuk dicerna dalam usus
  • Minum lebih banyak air putih berbanding air manis. Dan amalkan minum air kosong dengan kerap sepanjang malam. kalau boleh letak botol air di sebelah katil ketika tidur. Jika terjaga, senang terus sahaja minum.
  • Makan banyak sayur-sayuran, dan buahan-buahan. Ulam-ulaman serta kerabu pemecah selera memang pilihan menu terbaik untuk berbuka.
  • Makan dengan perlahan dan kunyah sehingga betul-betul hancur untuk memudahkan makanan dicerna dalam tubuh badan.
Kunyah-Makanan-Dengan-Betul-Sukar-Membuang-Air-Besar-Ketika-Berpuasa-tips-mudah-membuang-air-besar-pengedar-Shaklee-Shah-Alam-Klang-Kota-Kemuning-Jalan-Kebun-Sri-Muda-Bukit-Naga

Kunyah Makanan Dengan Betul

Mahukan cara yang paling senang membantu untuk anda membuang boleh klik entri ini. Ini juga adalah tips mudah membuang air besar dengan Shaklee 🙂

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Shah Alam , Klang, Kota Kemuning, Jalan Kebun, Sri Muda, Bukit Naga, dan pengeposan ke seluruh Malaysia.
SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934