Tips Mudah Kempiskan Perut

Selamat Tahun Baru semua. Rasanya belum terlewat bagi Kak Yong untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru memandangkan baru sahaja 11 hari kita melangkah ke tahun 2017. Apa azam tahun baru you all? Antara senarai yang paling popular sebagai azam tahun baru ialah “MAHU KURUS”. Artikel hari ini istimewa kepada you all yang mahu kurus. Tips mudah kempiskan perut yang tentu sahaja boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja.

tips-mudah-kempiskan-perut

Tips mudah kempiskan perut ini sudah Kak Yong amalkan semenjak pertengahan tahun 2016 lagi. Sejarahnya pada masa itu, berat badan Kak Yong naik mendadak sehinggalah ke 65kg. Dengan amalkan tips ini secara konsisten, bukan sahaja perut kempis, berat badan pun boleh diawasi jika terlebih had maksima yang Kak Yong tetapkan.

Tips pertama ialah ubah cara pemakanan harian. Amalkan makan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran serta ikan mahupun daging segar. Janganlah ambil makanan proses seperti daging burger ready made, nugget ke atau pun makanan dalam tin. Makanan merapu atau junk food juga kena elakkan sebab makanan seperti ini mengandungi garam dan gula yang tinggi. Garam dan gula ini sebenarnya adalah agen pemangkin kepada pertambahan lemak dalam badan.

Tips Mudah Kempiskan Perut

Kurangkan makanan manis serta garam. Elakkan makanan berlemak dan tinggi kolesterol. Bahan-bahan perasa pun janganlah ambil terlalu banyak. Garam yang banyak dalam makanan boleh membuatkan badan kita menjadi gemuk air. Terlampau banyak gula pula boleh membawa kepada situasi ‘craving’ atau ketagih terhadap makanan manis dan juga junk food. Garam dan gula juga punca kepada segala jenis penyakit yang berbahaya seperti diabetes, obesiti,  kolesterol  dan juga darah tinggi.

Banyakkan minum air kosong. Air kosong membantu dalam memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Selain itu, air kosong juga dapat membuang sisa toksin yang banyak dalam badan. Tahukah you all yang otak tidak dapat membezakan antara rasa lapar terhadap makanan mahupun rasa lapar kepada air. Oleh sebab itu, jika lapar mungkin boleh minum air kosong dahulu untuk menahan nafsu makan yang agak melampau.

Tips Mudah Kempiskan Perut

Selain itu, yang paling utama sekali ialah makan dengan lebih kerap. Makan sekurang-kurangnya 6 kali sehari. Pastikan juga jarak sesi makan antara setiap hidangan tidak terlalu lama. Paling kurang 3 jam. boleh ambil sarapan pagi yang berkhasiat dan rendak kalori, minum pagi, hidangan tengahari, minum petang, hidangan malam dan akhir sekali supper. Pilihlah hidangan yang sihat, berkhasiat, rendah lemak dan kalori.

Kata kunci kepada tips ini ialah amalkan pemakanan sihat dan tukar cara masakan. Kurangkan makanan manis, bergaram dan tinggi lemak.  Kena konsisten. Berat badan takkan turun dengan cepat dan mudah. Walau bagaimanapun, jika anda bertekad dan sentiasa berusaha, azam mahu kurus akan tercapai jua. Dan tukarlah pinggan makan anda kepada pinggan yang lebih sihat.

Tips Mudah Kempiskan Perut