Tips Mudah Bangun Tahajud

Semua orang tahu yang melakukan solat tahajud sepertiga malam amat besar fadhilatnya. Ketika inilah segala bentuk doa kita In Shaa Allah akan dimakbulkan. Cuma perlu bersabar dan juga istiqamah berdoa. Allah akan memberikan jawapan kepada doa-doa kita pada masa yang sesuai.

Tips Mudah Bangun Tahajud

Kak Yong mahu kongsikan tips mudah bangun tahajud yang diamalkan saban hari

  • Tidur awal pada malam sebelumnya. Kalau boleh dalam pukul sepuluh. Paling lewat pukul 11 malam
  • Sebelum tidur pasang niat minta sungguh-sungguh dengan Allah mudahkanlah kita hendak bangun Tahajud
  • Cara Kak Yong lagi sebelum tidur, bacalah surah Al-Mulk, Al-Waqiah serta solat sunat Witir. In Shaa Allah tambah mudah terjaga
  • Selain itu, Kak Yong kunci jam kepada dua peringkat. Paling awal pukul 5.00 pagi paling lewat 5.15 pagi. Manalah tahu, tidak terjaga pada bunyi loceng yang pertama. At least, ada penjaga loceng yang kedua.

Tips Mudah Bangun Tahajud

Setiap orang ada masalah tersendiri untuk melakukan Solat Sunat Tahajud ini. Bagi Kak Yong pula, kadang-kala Si Kecil Hafiy memang akan merengek mahukan susu pada ketika itu. Kadang-kala boleh terlajak tidur. Selalunya memang kak Yong doa niatkan supaya Allah mudahkan urusan Kak Yong.

Yang paling penting bila terjaga, jangan lupa berdoa. Walaupun, tidak sempat solat sunat. Minta sungguh-sungguh dengan ikhlas apa yang kita mahukan. Sama ada keampunan, rezeki mahupun keselamatan dunia akhirat untuk kita sekeluarga. Paling istimewa, dengan niat sahaja kalau ada halangan Allah bagi pahala sama macam kita bangun sunat Tahajud.

Tips Mudah Bangun Tahajud