Tips Mengempiskan Perut

Sememangnya memalukan kalau perut kita buncit. Ada sekali saya kononnya nak beramah mesra, tanyalah kakak tu mengandung berapa bulan, dia jawab tak mengandung. Iskhh, malu saya, kesian kakak tu, bukanlah niat saya nak memalukan dia. Sejak dari hari itu, memang saya tak tanyalah orang tu mengandung ke tak…
 
 
 
Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi perwatakan seseorang apabila berdepan dengan orang ramai.  Jika perut buncit, mungkin perasaan rendah diri dan kurang yakin untuk berdepan dengan khalayak ramai itu mesti ada walaupun sedikit. Hmmmm jangan risau ini ada sedikit tips yang boleh anda amalkan.
 
Ini ada tujuh tips mudah untuk mengempiskan perut anda :
  • Minum Air Masak Yang Banyak : Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga menjamin fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air dengan lancar
 
  • Makan Perlahan-lahan : Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.
  • Kurangkan Garam Dalam Makanan : Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya perut akan menjadi kembung dengan gas-gas terbentuk. Lama-kelamaan perut buncit boleh berlaku.
  • Makan Makanan Yang Penuh Serat : Serat adalah elemen penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti ari dalam badan , amalan makan buah-buahan dan sayur-sayuran seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakit perut buncit ini.
 
  • Kesan Pengambilan Ubat : Terdapat juga kajian menyatakan bahawa pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan juga menjadi salah satu punca perut buncit. Sebagai contoh, pengambilan aspirin terlalu kerap akan membawa kepada masalah perut buncit.
  • Hindari Sembelit : Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit perut. Oleh itu, pengambilan serat amatlah digalakkan.
  • Lakukan Senaman atau Bersukan : Bersukan sebanyak tiga kali seminggu akan dapat membantu meningkatkan metabolisme dalam tubuh badan yang bagu untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan dapat membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan  dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan berat dan ketinggiannya
 
(Sumber : HarakahDaily)
 
Sebenarnya, yang penting kita amalkan, pemakanan seimbang, minum air kosong yang banyak, elakkan makanan segera, minuman berkarbonat serta bersenam secara istiqamah, boleh mendapatkan berat badan ideal yang diidamkan selama ini. Kami di Shaklee juga ada set yang boleh membantu dalam mendapatkan berat badan ideal anda…
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi

Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Bukit Naga, Kota Kemuning, Shah Alam, Klang dan pengeposan ke seluruh Malaysia.


SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934