Tips Kesihatan Tulang

Kepadatan tulang akan menurun apabila kita mencecah usia 30-an. Bagi menjaga kesihatan dan kepadatan tulang, kita memerlukan 200mg kalsium setiap hari. Untuk kesan terbaik kalsium tersebut mestilah digabungkan dengan magnesium dan juga itamin D. Shaklee ada Ostematrix yang merupakan sumber bekalan kalsium, magnesium dan juga vitamin D untuk kesihatan tulang. Walau bagaimanapun, entri kali ini tidak mengupas tentang kebaikan Ostematrix tetapi lebih kepada tips kesihatan tulang. Perkongsian tips yang yang boleh dilakukan dalam menjaga kesihatan dan kepadatan tulang.

Tips Kesihatan Tulang

Tips Kesihatan Tulang

  • Kurangkan atau jangan mengambil minuman yang boleh mengurangkan bekalan kalsium harian seperti minuman berkarbonat atau soda. Asid yang ada dalam minuman tersebut akan menghaskis kepadatan tulang sedia ada serta mengurangkan keresapan kalsium dalam tulang.
  • Ambil vitamin D daripada sumber cahaya matahari sebelum pukul sepuluh pagi. ┬áTidak elok mendedahkan diri kepada cahaya matahari selepas pukul 10 kerana boleh merosakkan kulit serta membawa kepada pertumbuhan radika bebas. Tips kesihatan tulang dengan Vitamin D ini untuk memaksimumkan penyerapan kalsium ke dalam tulang. Ianya juga berfungsi untuk mencegah osteoporosis.
  • Amalkan banyak makan sayur-sayuran hijau yang tinggi kalsium, vitamin K dan juga boron bagi menjaga kesihatan tulang.
  • Amalkan banyak makan bawang putih dan juga bawang merah kerana kandungan kuprum yang ada di dalamnya membantu untuk menjaga kesihatan tulang.
  • Tips kesihatan tulang yang lain ialah dengan melakukan senaman olahraga secara berkala. Rutin senaman dapat membantu menguatkan tulang dan otot-otot pada tubuh badan.
  • Jangan ambil minuman beralkohol atau merokok kerana mendatangkan kemudaratan kepada sistem tubuh badan serta kepadatan tulang.
  • Amalkan supplement kalsium atau diet tinggi kalsium seperti minuman bersusu, keju yogurt. kerana kandungan kalsium yang tinggi membantu mencegah osteoporosis sehingga 30 hingga 50%
  • Ostematrix Untuk Kesihatan Tulang

    Ostematrix Untuk Kesihatan Tulang

Wanita lebih mudah untuk mengidap masalah tulang rapuh atau osteporosis. Ini adalah disebabkan hormon wanita ketika haid mengandung, bersalin dan juga menyusukan bayi banyak mempengaruhi kekurangan kalsium dalam badan. Jika hendak pilih supplement kalsium, mesti pastikan ada sekali magnesium atau vitamin D yang memang akan diserap 100% ke dalam tubuh badan tanpa ada kesan kimia termendak dalam perut yang boleh membawa kemudaratan jika digunakan untuk jangka masa panjang. Pilihan kalisum saya usdah tentu Ostematrix yang ada semua magnesium, vitamin D, boron dan juga pelbagai mineral lain.