Tips Kejutkan Anak Sahur

Tidak sampai 10 hari lagi, umat Islam akan menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Seperti biasa, ibu-ibulah yang pening nanti hendak memikirkan juadah sahur serta berbuka. Dan, Kak Yong percaya ramai juga ibu-ibu gorgeos yang pening untuk mengejutkan anak-anak bangun sahur. Lagi-lagi kepada si kecil yang baru sahaja hendak mula berlatih berpuasa. Ini serba sedikit tips kejukan anak sahur yang boleh ibu praktikkan. Artikel ini Kak Yong dapat dari Majalah Keluarga terbitan Julai 2013.

Antara tips kejutkan anak sahur yang mula-mula sekali ialah ibu-ibu kena dedahkan serba sedikit pengetahuan tentang keseronokan bersahur kepada si kecil. Boleh cuba berborak dengan mereka, melalui tontonan televisyen mahupun bahan bacaan tentang aktiviti sahur ini. Cerita tentang sahur ini Kak Yong rasa elok mulakan dari sekarang sebab puasa pun semakin dekat. Jadi, si kecil tidaklah terkejut mahupun susah untuk bangun sahur.

Tips Kejutkan Anak Sahur

Selain itu, sediakan makanan kegemaran anak-anak ketika bersahur. Ibu-ibu boleh tanya si kecil apa menu yang  mereka hendak makan ketika bersahur. Ini secara tidak langsung anak-anak merasa seronok untuk bangun sahur.

Gunakan perkataan yang sesuai ketika mengejutkan anak-anak bangun sahur. Gunakan tona suara yang lemah lembut serta pendekatan psikologi kaedah pujukan. Ayat seperti “bangunlah sayang, anak ibu hebat boleh bangun sahur…” amat membantu dalam menenangkan psikologi si kecil pada waktu pagi. Ini juga tips kejutkan anak sahur yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu.

Tips kejutkan anak sahur yang berlainan sedikit ialah ibu-ibu boleh mainkan lagu motivasi atau lagu kegemaran si kecil bagi menaikkan lagi semangat mereka untuk bersahur. Mainkan lagu dalam keadaan yang tidak terlalu kuat. Bayangkan kalau lagu rancak serta bingit mahu seluruh taman bangun sahur terkejut…

Tips Kejutkan Anak Sahur

Antara panduan yang boleh ibu-ibu gunakan untuk kejutkan anak bangun sahur ialah:

  • pegang anak jari kaki kiri atau kanan sambil memanggil namanya perlahan-lahan
  • Sentuh bahu dan goyangkan perlahan-lahan sambil memanggil nama si kecil
  • renjis air di muka sambil memanggil nama si kecil
  • menampar manja pipi si kecil sambil menyebut nama mereka
  • tutup kipas atau penghawa dingin di bilik si kecil

One Response

  1. rahimah June 14, 2015