Tips Kawal Anak di Tempat Awam

Artikel ini KakYong tulis paada bulan Ramadhan yang lepas. Namun disebabkan terdapat kekangan masa, langsung tidak sempat dikongsi. Kak Yong pasti ibu-ibu yang ramai anak mempunyai kesukaran untuk membawa anak-anak kecil membeli belah kelengkapan raya, cuci mata ke bazar Ramadhan mahupun membawa si kecil ke pusat membeli belah yang sememangya penuh dengan orang ramai. Kak Yong pun rasa agak sukar untuk bawa mereka keluar serentak memandangkan anak pun sudah masuk 4. Walau bagaimanapun, kak yong nak kongis tips kawal anak di tempat awam yang diperolehi daripada Majalah Keluarga Julai 2013.

Tips Kawal Anak di Tempat Awam

Tips kawal anak di tempat awam yang paling utama sekali ialah ibu bapa kena memberikan penerangan yang jelas tentang aspek keselamatan ketika berjalan di luar. Contoh-contoh bahaya dan tindakan yang perlu dilakukan mesti dipesan berulang-kali kepada si kecil. Penerangan tentang bahaya dan keselamatan mereka bukan sahaja boleh dipraktikkan ketika berjalan di luar bersama-sama, malahan ketika berada di sekolah mahupun perkarangan sekolah ketika menunggu kenderaan untuk pulang ke rumah.

Selain itu, tips kawal keselamatan anak di tempat awam ialah ajari anak untuk katakan tidak kepada mereka yang tidak dikenali. Kak yong bernasib baik kerana, anak-anak perempuan Kak Yong kesemuanya pemalu dan takut dengan orang yang tidak dikenali. Lebih-lebih lagi orang leaki dewasa. Didik anak-anak  memberikan isyarat seperti menjerit mahupun mengangis jika ditarik oleh mereka yang tidak dikenali. Bagi anak-anak yang sudah bersekolah, ajarkan mereka mengatakan tidak kepada sebarang pelawaan untuk berjalan bersama-sama, membeli aiskrim atau gula-gula.

Tips Kawal Anak di Tempat Awam

Ketika keluar, pakaikan anak-anak warna pakaian yang terang. Kak Yong memang suka pakaikan anak-anak warna merah, oren mahupun hijau. Jika terlepas dari pandangan sekejap senang untuk dikesan. Ini anatara tips kawal anak di tempat awam yang paling mudah untuk dipraktikkan.

Ajar juga anak-anak untuk berjumpa dengan orang yang bertanggungjawab seperti polis atau pengawal keselamatan sekiranya terdapat orang yang mencurigakan. Jika terpisah atau tersesat, pastikan mereka tahu ke arah mana hendak dituju. pastikan anak-anak tahu bahawa polis dan pengawal keselamatan merupakan pertolongan terbaik bagi mereka jika mengalami kesulitan.

 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Bukit Naga, Kota Kemuning, Shah Alam, Klang, Jalan Kebun, Bukit Tinggi dan pengeposan ke seluruh Malaysia.

SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934
Email : azimah.zainuddin@gmail.com

3 Comments

  1. Daud Mohamad August 17, 2015
  2. Noriza Rahman August 19, 2015
    • Azimah August 25, 2015