Tips Jaga Anak Di Hospital

Minggu lalu, satu keluarga Kak Yong tidak sihat. Termasuklah umi, ayah dan juga 4 orang kekasih hati Kak Yong. Nasib tidak begitu baik apabila si comel Amani dan si adik Hafiy terpaksa ditahan di wad. Agak lama juga Hafiy ditahan 5 hari…si kakak 9 hariSebenarnya agak penat dan letih juga menjaga dua orang anak sekali gus yang kena tahan di wad. Nasib baik lah ada encik suami yang tolong sama amik cuti jaga anak. Thanks sebab korbankan cuti untuk jaga anak. Anak-anak juga mesti ada masanya meragam dan juga merengek disebabkan pertukaran angin, tantrum mereka serta keadaan kurang selesa. Bayangkan kalau kita sakit pun tak suka makan ubat, kena cucuk apalagi si comel kan.

Amani dan Harith Main Keluar Masuk Alamri Baju Hospital

Amani dan Harith Main Keluar Masuk Almari Baju Hospital

Antara tips yang Kak Yong boleh kongsikan kepada ibu bapa di luar yang terpaksa berkampung di hospital untuk menjaga anak ialah :

  • bawa pakaian yang mencukupi untuk ibu dan juga anak. Kena tengok juga keadaan hospital…kalau berhawa dingin pastikan pakaian mereka berlengan panjang sebab agak sejuk pada waktu malam. Jika hanya berkipas di hospital pakailah pakaian yang nipis. Tuala jangan lupa pula.
  • bawa segala macam alatan asas untuk anak seperti lampin pakai buang, bekalan susu tepung, alat membersihkan diri seperti berus gigi dan sabun mandi.
  • kalau boleh bawalah mainan si comel yang mereka paling suka bagi mengelakkan mereka moody dan meragam
  • bawa anak-anak jalan sekitar hospital. Ini disebabkan anak-anak mudah bosan dan merela juga perlu bergerak dan berlari untuk legakan tekanan.
  • yang ni Kak Yong tak syorkan tapi boleh membantu pada waktu terdesak sediakan lah tablet. Yang ni memang Kak Yong bagi jika dah tak boleh kawal sangat si kakak Amani.
  • jangan lupa juga sediakan makanan kudapan untuk ibu dan anak-anak. Memang dalam hospital ni senang lapar…tapi nasib baik juga kiosk memang ada di sekitar hospital yang memudahkan ibu dan anak-anak…

Kak Yong memang harap tips ini dapat membantu ibu dan bapa di luar sana yang terpaksa menjaga anak mereka di hospital. Doakan juga anak-anak Kak Yong semakin sihat sebab ketika artikel ni ditulis Amani belum keluar hospital lagi.

One Response

  1. Noriza Rahman October 26, 2016