Tips Empukkan Daging

Kak Yong pasti ramai yang suka sangat masak daging. Sama ada kari daging, sup daging ataupun sup tulang. Masalahnya satu sahaja, masa untuk memasaknya agak lama dan juga daging akan menjadi keras, liat dan kurang empuk. Lainlah kalau masak dalam pressure cooker. Kak Yong nak kongsi tips empukkan daging dari Majalah Pa&MA Ogos 2015.

Tips Empukkan Daging

Tips empukkan daging supaya lebih enak dan sedap

Anda hanya perlukan daging atau tulang, air, periuk dan sebatang garfu. Masukkan daging atau tulang ke dalam periuk. Tuangkan air secukupnya ke dalam periuk  bergantung kepada jenis masakan. Masukkan juga sebatang garfu dan tutup separuh periuk dengan penutup. Biarkan daging atau tulang mendidih sehingga empuk. Tunggu sehingga masak. Daging atau tulang akan menjadi lebih empuk, tidak liat, sedap dan enak.

Tips Empukkan Daging

Kak Yong pernah cuba guna cara ini dalam masakan kari. Memang menjadi. Ini juga petua nenek moyang dulu-dulu sebab mak saudara Kak yong yang agak berusia juga menggunakan cara yang sama. Untuk masakan seperti sup belumlah lagi cuba sebab selalu masak dalam pressure cooker…kalau tidak pun masak dalam periuk biasa paling kurang dua jam. Barulah sedap….mungkin ibu-ibu boleh juga cuba tips empukkan daging ini. Manalah tahu menjadi dan serasi untuk anda juga.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Bukit Naga, Kota Kemuning, Shah Alam, Klang, Jalan Kebun, Bukit Tinggi dan pengeposan ke seluruh Malaysia.

SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934
Email : azimah.zainuddin@gmail.com

2 Comments

  1. Noriza Rahman January 15, 2016
  2. Introducer maybank August 24, 2016