Tips Elak Sakit Pinggang Semasa Hamil

Masuk sahaja trimester kedua hamil, mesti ramai yang mengeluh sakit pinggang. Sakit pinggang ini adalah isu biasa ketika hamil. Tetapi, jika tidak ditangani akan memudaratkan ibu hamil. Sebenarnya ada tips elak sakit pinggang semasa hamil yang ingin Kak Yong kongsi dengan anda semua. Kak Yong sudah amalkannya setiap kali hamil.

Tips elak sakit pinggang semasa hamil yang pertama sekali ialah jangan tinggalkan Ostematrix. Wajib ambil sebelum tidur. Kandungan kalsium dan magnesium serta vitamin D membantu Kak Yong untuk tidur lebih lena pada waktu malam dan juga mengurangkan kesakitan badan yang dialami pada siang hari. Jika ibu hamil mengalami keletihan, sakit-sakit badan mungkin boleh cuba amalkan Ostematrix seperti Kak Yong.

Tips Elak Sakit Pinggang Semasa Hamil

Selain itu, ibu hamil juga kena menjaga postur ketika duduk, berdiri mahupun mengambil serta mengangkat barang. Dengan menjaga postur yang betul, gejala sakit pinggang ketika hamil juga dapat dielakkan.

Tips elak sakit pinggang semasa hamil jangan pakai kasut tumit tinggi. Tak salah rasanya bercuti sekejap daripada memakai kasut tumit tinggi untuk keselesaan ibu dan juga kurangkan bebanan pada pinggang serta tulang belakang.

Jangan berdiri terlalu lama. Jika tuntutan kerja memerlukan anda berdiri, mungkin boleh curi masa untuk duduk sekejap di tempat anda bekerja. Tetapi, janganlah supervisor ada di tempat yang anda hendak duduk.

Tips Elak Sakit Pinggang Semasa Hamil

Selain itu, tips elak sakit pinggang semasa hamil ialah jangan tambah berat badan secara mendadak ketika hamil. Perhati serta awasi pertambahan berat badan. Berat badan yang berlebihan juga boleh membawa kepada sakit pinggang.

Ibu hamil yang nak cuba Ostematrix memang saya syorkan berdasarkan pengalaman sendiri. Ostematrix adalah penyelesaian terbaik Kak Yong untuk masalah sakit pinggang dan sengal-sengal badan ketika hamil.

2 Comments

  1. Noriza Rahman February 11, 2015
    • Azimah February 11, 2015