Tips Elak Mengantuk

Selamat memulakan minggu baru semua. Dan seperti biasa hari Isnin mesti ramai yang mengalami “Monday Blues”. Kak Yong pula memang akan mengalami tahap mengantuk yang luar biasa setiap hari Isnin. Walaupun mengantuknya luar biasa, tapi tips elak mengantuknya sungguh mudah sahaja diamalkan.

Tips Elak Mengantuk

Pertama sekali untuk elak mengantuk tidak kiralah hari Isnin atau bila-bila masa sahaja, you all kena amalkan rutin tidur yang berkala. Tetapkan waktu tidur dan juga waktu bangun yang lebih kurang sama. Pastikan pencahayaan malap dan kitaran udara tidak terlalu sejuk mahupun panas ketika tidur. Dapat tidur yang berkualiti memang agak payahlah nak mengantuk.

Bangun-bangun pagi sahaja kena set fikiran menjadi lebih postif. Bersyukur sebab masih lagi bernafas untuk hari ini. Kalau sempat, di waktu pagi boleh nikmati cahaya suria pagi yang menyegarkan. Tengok panorama yang cantik ketika memandu dan juga haba matahari yang segar boleh memberikan aura positif sepanjang hari.

Tips Elak Mengantuk

Mulakan hari dengan minum segelas teh hijau dengan madu. Teh hijau bertindak sebagai pemberi tenaga segera. Campurkan dengan sedikit madu…..memang terangkat. Lagi satu, boleh amalkan minum segelas lemon yang sejuk…lemon yang masam memang boleh buatkan mata terbuka luas. Selain itu, ambil sarapan yang sihat tinggi serat. Makan yang simple-simple sahaja seperti roti dengan telur, overnight oat atau pancake. Kalau Kak Yong ambil nasi lemak, memang confirm mengantuk.

Tips Elak Mengantuk

Kalau mengantuk sangat-sangat, boleh percikkan air sejuk di muka. Air sejuk ini akan memacu saraf di muka dan mata supaya dapat hilangkan mengantuk dengan segera. Tips elak mengantuk basuh muka dengan air sejuk ini memang cepat sangat nampaknya bagi Kak Yong. Ini langkah paling akhir kalau semua sudah buat tapi masih mengantuk di pagi Isnin.