Tips Elak HB Rendah

Mesti ada ibu hamil yang tertanya-tanya, kenapa dah makan ikut jadual pil zat besi tetapi HB masih lagi rendah. Sebenarnya, terdapat beberapa faktor kenapa HB masih lagi rendah. Berikut adalah sedikit tips elak HB rendah yang anda boleh amalkan ketika mengandung.

Tips elak HB rendah yang pertama sekali ialah elakkan minuman berkafein. Minuman berkafein seperti kopi mahupun teh jikalau boleh kurangkan ataupun tidak payah ambil langsung ketika mengandung. Kafein adalah musuh utama zat besi. Kafien menghalang zat besi daripada menyerap ke dalam badan. Jika, ibu hamil makan pil zat besi mengikut kadual tetapi pengambilan kafein tidak dielakkan, masih lagi menyebabkan HB rendah.

Tips Elak HB Rendah

 

Selain itu, tips elak HB rendah ialah jangan makan pil zat besi bersama-sama dengan sumber kalsium seperti susu, keju atau yogurt. Fungsi kedua-duanya adalah berbeza. Jika diambil bersama-sama serentak, ibu sendiri juga yang akan rugi kerana ianya tidak langsung membantu menyerap ke dalam badan.

Selain itu, pengambilan sumber vitamin C bersama-sama dengan pil zat besi akan memaksimumkan penyerapan ke dalam tubuh badan merupakan tips elak HB rendah. Ambil pil zat besi serentak dengan pil vitamin C. paling elok sekali Kak Yong syorkan minum bersama-sama dengan jus oren atau epal. Lagi banyak vitamin C lagi mudah penyerapan zat besi.

Tips Elak HB Rendah

Tips elak HB rendah ketika hamil yang lain iaah amalkan banyak buah-buahan dan sayuran hijau dalam menu diet harian. Kak Yong sendiri tidak suka makan hati dan juga kerang, walaupun makanan tersebut kaya dengan sumber zat besi. Pilihlah makanan yang sesuai dengan tekak ibu-ibu ya. Kak Yong faham, selera orang mengandung ini bukan boleh dipaksa-paksa.