Tips Dapatkan Anak Yang Sihat

Fasa mengandung memang adalah fasa yang mengujakan bagi saya. Sebenarnya semua perempuan pun feeling macam itu. Overclaimed pula. Tetapi, memang betul sejak disahkan mengandung sehinggalah menunggu waktu kelahiran, yang terdetik di fikiran hanya memikirkan kesihatan serta keselamatan bayi yang dikandung. Saya nak share tips dapatkan anak yang sihat yang sememangnya saya amalkan sewaktu mengandungkan ketiga-tiga anak saya dahulu.

makanan kaya zat besitips dapatkan anak yang sihat Set Ibu Mengandung Shaklee pengedar Shaklee Shah Alam Klang Kota Kemuning Jalan Kebun Sri Muda Bukit Naga

makanan kaya zat besi

Tips dapatkan anak yang sihat yang pertama ialah tukar diet pemakanan harian anda. Amalkan makanan yang berkhasiat. Banyakkan makan protein dari sumber daging atau ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran. Elakkan makanan ringan jenis merapu seperti jajan dan juga jeruk kerana tidak elok untuk perkembangan bayi. Ada juga pendapat yang saya dengan jika suka makan jeruk bayi yang dilahirkan kemungkinan akan mengidap kuning. Mungkin juga, sebab ketika mengandungkan anak kedua. suka sangat makan jeruk dan hanya Yasmin sahaja yang terkena kuning.

Jangan abaikan senaman ringan. Ketika mengandung saya memang amalkan rutin berjalan kaki setiap hari dan juga sekali-sekala pergi berenang. Ianya baik untuk ibu. Oksigen pun semakin bertambah dalam badan yang mana elok untuk ibu serta perkembangan bayi dalam kandungan.

Set Mengandung Shaklee tips dapatkan anak yang sihat Set Ibu Mengandung Shaklee pengedar Shaklee Shah Alam Klang Kota Kemuning Jalan Kebun Sri Muda Bukit Naga

Set Mengandung Shaklee

Tips dapatkan anak yang sihat yang ketiga ialah mesti memastikan cukup bekalan vitamin dan mineral yang diambil pada setiap hari. Jika ketika mengandung anak pertama dan kedua vitamin dari klinik kesihatan jadi peneman, tetapi mengandungkan anak ketiga Shaklee menjadi pilihan hati saya. Vitamin dan mineral tambahan adalah jaminan bahawa terdapat cukup vitamin dan mineral untuk perkembangan otak, tulang, sel dan organ bayi. Saya suka Set Mengandung Shaklee kerana ianya berkesan, selamat dan semulajadi.

Ujian Ultrasoundtips dapatkan anak yang sihat Set Ibu Mengandung Shaklee pengedar Shaklee Shah Alam Klang Kota Kemuning Jalan Kebun Sri Muda Bukit Naga

Ujian Ultrasound

Selain itu, jangan culas tarikh temujanji serta jadual scan bayi anda adalah salah satu tips dapatkan anak sihat. Mungkin kelihatan leceh, lagi-lagi menunggu di klinik kesihatan desa yang ambil masa agak lama serta meletihkan. Seperti biasa ujian gula, ujian air kencing serta ujian kepekatan darah boleh membantu doktor mengesan lebih awal jika terdapat sesuatu yang tidak kena terhadap bayi mahupun ibu-ibu. Waktu scan adalah paling menyeronokkan, selain dapat tengok perkembangan tahap kesihatan bayi dalam perut, dapat juga salinan scan yang memang boleh jadi kenangan seumur hidup.

Tidur Nyenyak dengan Ostematrix tips dapatkan anak yang sihat Set Ibu Mengandung Shaklee pengedar Shaklee Shah Alam Klang Kota Kemuning Jalan Kebun Sri Muda Bukit Naga

Tidur Dapat Hilangkan Keletihan dan Stress

Ibu mengandung juga jangan selalu stress dan tertekan. Kena sentiasa gembira. Kurangkan perasaan marah. Ini adalah emosi ibu memang disalurkan terus kepada bayi dalam kandungan. Banyakkan berdoa, solat sunat serta membaca Al Quran untuk mencapai ketenangan ketika mengandung. B Complex juga turut membantu dalam mengurangkan tahap stress saya ketika mengandung.

Jaga kebersihan diri. Terutama sekali kawasan intim. Ini adalah disebabkan ibu mengandung mudah mendapat jangkitan vagina. Saya mengalami masalah keputihan yang melampau ketika mengandungkan anak pertama dan kedua. Sehingga bertukar warna coklat. Jika ini berlaku jumpalah doktor. Jangan segan-segan, kerana ianya bakal mempengaruhi perkembangan bayi anda. Jika berterusan boleh membawa kepada proses kelahiran awal, air ketuban pecah awal dan paling serius keguguran. Alhamdulillah sepanjang mengandung anak ketiga dan kenal Shaklee, memang tiada masalah keputihan atau jangkitan vagina berlaku. Mungkin ketika menyusukan anak kedua, Yasmin, konsisten makan Alfalfa Complex.

Minum Banyak Air tips dapatkan anak yang sihat Set Ibu Mengandung Shaklee pengedar Shaklee Shah Alam Klang Kota Kemuning Jalan Kebun Sri Muda Bukit Naga

Minum Banyak Air

Tips dapatkan anak sihat yang selalu dipandang remeh oleh ibu-ibu ialah kurang minum air kosong. Minum banyak air kosong. Jika kurang minum air, risiko dihidrate senang berlaku. Lebih-lebih lagi cuaca memang panas melampau sekarang. Paling senang amalkan Performance Drink setiap hari. Memang mengekalkan elektrolit dalam badan dan ianya tanpa gula.

Selain itu, kepada ibu-ibu yang bukan beragama islam, tips untuk dapatkan anak sihat dan comel ialah jangan merokok dan juga mengambil minuman keras ketika mengandung. Ramai yang tahu, pengambilan alkohol dan merokok boleh mencacatkan bayi dalam kandungan.

Boleh juga cuba Set Mengandung Shaklee sebagai salah satu tips untuk dapatkan anak yang sihat. In Shaa Allah.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Shah Alam , Klang, Kota Kemuning, Jalan Kebun, Sri Muda, Bukit Naga, dan pengeposan ke seluruh Malaysia.
SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934

2 Comments

  1. yana September 23, 2014
    • Azimah September 23, 2014