Tips Balik Kampung

Saya pasti ramai di antara kita semua akan balik kampun beraya. Begitu juga dengan saya. Ecxited ini. Anak saya dari minggu lepas dah seronok nak balik kampung jumpa dengan moyangnya. Saya tinggal dengan mak dan ayah so diorang hari-hari

tinggal jumpa opah dengan atoknya. Memang Harith paling seronok nak balik kampung sebab masa inilah dia melenjan satu kampung, mandi sungai, masuk hutan, main di padang, masuk kolam ikan keli dan macam-macam lagi. Antara tips balik kampung yang boleh saya share dan setiap kali balik saya amalkan ialah :

  • Pertama sekali nak balik kampung, kereta kenalah hantar service dahulu. Tukar minyak hitam atau minyak gear. Pastikan lampu brek menyala dan juga sitem gear dan brek berfungsi dengan baik.
Service Kereta Dahulu Sebelum Balik Kampung

Service Kereta Dahulu Sebelum Balik Kampung

  • Selepas itu, pastikan rumah dikemas sebelum pulang ke kampung, Tips balik kampung paling utama ialah, pastikan sampah dalam tong sampah dibuang. Kalau terlupa alamatnya berbau satu rumah dengan sampah. Parah sekali kalau sampai berulat. Pastikan juga pinggan mangkuk dicuci serta bawah tudung saji dan periuk juga dibersihkan dari sisa-sisa makanan. Jangan lupa sapu dapur dan juga ruang tamu rumah.
  • Selepas itu, saya selalu akan pastikan kain baju habis dicuci sebelum balik kampung. Kalau tak sempat kering, memang bergantunganlah sidai dalam rumah. Bukan apa, balik dari kampung nanti mesti bawak banyak kain baju yang belum dicuci. Janganlah dibiarkan kain baju bersidai di luar sepanjang anda balik kampung. Silap hari bulan, balik nanti sudah hilang pakaian tersebut.
  • Selain itu, tips balik kampung yang saya amalkan ialah tutup paip air utama. Bukan apa, rumah dah lama, manalah tahu tiba-tiba ada paip yang bocor atau pelampung dalam tangki gagal berfungsi. Kalau itu terjadi habislah banjir satu rumah. Doakan yang baik-baik sahaja. Tetapi, tidak salah amalkan langkah pencegahan.
  • Kalau ada peruntukan lebih, tidak salah kalau pasang alarm atau CCTV untuk keselamatan di rumah. Itu kepada yang berkemampuan, tetapi bagi kami sekeluarga husband saya pasang lampu hadapan rumah menggunakan timer. Mudah sahaja, boleh buat sendiri kalau ada basic knowledge elektrikal. Lampu ini hanya akan terpasang pada waktu malam sahaja. Kalau kawasan rumah kita terang, pencuri pun fikir dua tiga kali nak buat benda tak baik.
  • Last sekali, jangan lupa tutup suis lampu dan juga perkakasan elektrik yang lain sebelum keluar dari rumah. Saya tidaklah tutup suis peti ais kerana ada bekalan EBM Amani. tetapi seingat kami kecil dulu, ayah selalu bersihkan peti sejuk sebelum balik kampung untuk jangka masa yang panjang.
cinch tea elak mengantuk

cinch tea elak mengantuk

  • Selepas itu sebelum pulang ke kampung, jangan lupa amalkan Cinch Tea dan Performanece Drink ketika bersahur untuk kekal bertenaga sepanjang jalan yang panjang. Elak mengantuk dan stay focus dalam perjalanan balik kampung.
  • Hehehehe, yang penting kunci lah pintu dengan solek. Kalau ayah saya kunci pintu, setiap pintu ada kunci solek dan juga kunci pintu pagar utama.
  • Sebagai langkah keselamatan boleh maklumkan ketiadaan seisi rumah kepada jiran yang tak pulang ke kampung berhari raya dan juga balai polis berhampiran. 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Shah Alam , Klang, Kota Kemuning, Jalan Kebun, Sri Muda, Bukit Naga, dan pengeposan ke seluruh Malaysia.
SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934