Tips Anak Berpuasa Tanpa Letih

Minggu depan dan mulalah bulan Ramadhan. Dan mesti ada ibu yang mempunyai anak yang baru sahaja hendak berlatih berpuasa. Kak Yong hendak kongsikan tips anak berpuasa tanpa letih yang terdapat dalam Majalah Keluarga Julai 2013. 

Tips anak bepuasa tanpa letih ialah kena banyakkan minum air kosong selepas waktu berbuka sehinggalah waktu sahur. Minum dengan kerap. Ibu-ibu kenalah pastikan anak-anak minum air sekurang-kurangnya 1.5 liter bagi mengelakkan keletihan dan hidrasi.

Selain itu, pastikan anak-anak anda berbuka dengan makanan yang lengkap. Pelbagaikan jenis makanan sama ada dimasak sendiri mahupun juadah yang dibeli di pasar Ramadhan. Makan nasi beserta protein seperti ikan atau ayam, sayur-sayuran serta buah-buahan. Ini adalah tips anak berpuasa tanpa letih.

Tips Anak Berpuasa Tanpa Letih

Galakkan juga anak-aak makan dengan kerap dan sedikit-sedikit pada waktu malam. Jangan biarkan anak-anak makan sesuka hati. Makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa sebenarnya tidak elok untuk kesihatan.

Kurangkan pengambilan makanan berminyak, berempah dan pedas. Makanan seperti ini memang menaikkan selera namun mungkin tidak sesuai untuk perut anak-anak. Anak-anak perlukan makanan yang berkhasiat. Contoh makanan yang sesuai adalah seperti ikan masak stim. sayur dikukus dan banyakkan pengambilan sayur dan buah.

Waktu bersahur juga amatlah penting untuk anak-anak. Pastikan anak-anak makan makanan yang lengkap serta boleh memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Roti mil penuh elok dijadikan kudapan ketika bersahur mahupun waktu malam. Pastikan bekalan susu segar juga sentiasa ada di rumah.

Cara lain yang  Kak Yong amalkan untuk anak-anak ialah memastikan mereka bersahur dengan campuran Meal Shake dan juga Performance Drink. Meal Shake merupakan bekalan pelbagai jenis vitamin untuk memastikan khasiat lengkap dan seimbang masih lagi diperolehi oleh mereka walaupun berpuasa. Performance Drink pula merupakan minuman elektrolit tanpa pemanis dan pewarna tiruan yang mengekalkan tenaga serta mengelakkan keletihan serta hidrasi ketika berpuasa di siang hari. Ini adalah tips anak berpuasa tanpa letih yang Kak Yong amalkan. Untuk orang dewasa pula boleh campur dengan ESP.

Selain itu, ibu juga perlu memastikan berat badan anak tidak turun dengan mendadak ketika berpuasa. Jika penurunan berat badan berlaku secara berlebihan, ibu-ibu hendaklah berjumpa doktor untuk nasihat lanjut.

2 Comments

  1. Noriza Rahman June 12, 2015
  2. arnie June 12, 2015