Tiada Jaminan Ketulenan Produk Shaklee

Ramai juga kenalan dan pelanggan Kak Yong tanya, kenapa harga jualan produk Shaklee di lazaat.dah, senang.my (bukan nama sebenar) dan juga medium e-Commerce yang lain lebih murah daripada harga jualan pengedar lain? Lepas itu, ada juga dapat mesej sudah beli produk tapi tak tahu cara nak makan. Apabila ditanya, beli di laman sesawang e-Commerce inilah.

Tiada Jaminan Ketulenan Produk Shaklee

Pembelian Melalui e-Commerce Menyalahi Etika

Tahukah you all yang penjualan produk di laman sesawang e-commerce ini menyalahi etika Code Of Conduct yang telah ditetapkan oleh pihak Shaklee. Sebarang jualan di laman sesawang e-Commerce tidak dibenarkan oleh pihak Shaklee. Walau bagaimanapun, promosi pengiklanan di media seperti instagram, blog dan juga facebook dibenarkan oleh pihak pengurusan Shaklee, namun masih perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Laman sesawang e-Commerce ini adalah sebuah platform online yang fungsinya untuk menjual barang-barang. Antara contoh laman sesawang ini ialah Lazaat.dah, Senang.my dan juga 11jalan.my. Antara rungutan yang selalu diterima oleh pihak Shaklee ialah produk yang dijual di laman sesawang e-commerce ini telah tamat tempoh dan keadaan produk yang telah rosak apabila diterima.

Tiada Jaminan Ketulenan Produk Shaklee

Tiada jaminan daripada Shaklee produk yang you all beli itu tulen dan selamat digunakan. Sebarang jualan produk hendaklah dibeli daripada pengedar Shaklee yang berdaftar. Shaklee telah mengeluarkan pengumuman rasmi berkenaan dengan penjualan produk di laman sesawang e-Commerce ini.

Memanglah harga yang dijual di laman sesawang e-Commerce ini lebih murah. Dan kadang-kala harganya memang tidak masuk akal. Kurang daripada harga kos yang dibeli daripada pihak Shaklee sendiri.

4 Comments

  1. mrhanafi dot com October 10, 2017 Reply
    • Azimah October 11, 2017 Reply
  2. Raihanah October 11, 2017 Reply
    • Azimah October 11, 2017 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge