The Simple Me

Salam perkenalan semua dari saya Azimah Mohd Zainuddin. Saya merupakan seorang ibu berkerjaya dan pada masa yang sama part time Shaklee Independent Distributor. Saya merupakan seorang ibu kepada 3 anak Harith, Yasmin dan  ahli baru keluarga kami Amani.
Pengalaman saya bersama Shaklee bermula dari April 2012.Saya memang pengamal vitamin sebagai makanan tambahan sejak dari kecil lagi. Ibu bapa saya akan sentiasa membekalkan kami dengan vitamin C atau pun minyak ikan perisa oren (coz x tahan hanyir untuk perisa asli hehehe). Saya melahirkan Yasmin pada Ogos 2011 dan tekad untuk menyusukan buah hati saya sehingga 2 tahun. Berlainan dengan Harith yang hanya sempat sehingga 1 tahun 3 bulan memandangkan tidak mendapat pendedahan yang meluas tentang kepentingan susu ibu ditambah dengan usia yang muda pada ketika mendapat anak pertama. Dengan belajar sambil bekerja membuatkan saya mengambil jalan singkat untuk mencampurkan susu Harith. Saya mula mengambil set menyusu Shaklee pada usia Yasmin 7 bulan dan sebagai persediaan untuk membuat stok ketika bulan puasa. Saya berpuas hati dengan Shaklee kerana setelah mengamalkan vitamin semula jadi Shaklee serta tidak melupakan konsep ‘supply vs demand’ bekalan susu untuk Yasmin sentiasa cukup. Percaya atau tidak saya masih lagi menyusukan Yasmin sehingga usia kandungan 8 bulan dan terpaksa dihentikan kerana selalu mengalami contraction.
Selain itu, pada masa yang sama ibu saya telah disahkan mengidap kanser payudara. Setelah melalui proses pembedahan, diteruskan pula dingan kemoterapi serta radioterapi. Keadaan mak yang sangat teruk ketika menghadapi kemoterapi membuatkan saya tergerak hati untuk mencari supplement yang bersesuaian dengan keadaan beliau pada masa itu. Dengan mengambil MealShake serta Performance Drink kesan dihidrasi ketika proses kemoterapi dapat dikurangkan. Dan sehingga sekarang ibu, saya masih lagi mengambil supllement Shaklee untuk maintain kesihatan beliau.
Vitamin Shaklee memang berbeza dengan vitamin-vitamin lain di pasaran.Dan saya memang menyukai vitamin Shaklee berbanding dengan vitamin-vitamin lain. Antara sebab utamanya Shaklee memang dibuat secara semula jadi yang memudahkan penyerapan nutrien diserap oleh badan. Salah satu cara untuk kita mengetahui bahawa vitamin itu adalah vitamin semula jadi tiada silika gel di dalam botol-botol Shaklee. Vitamin semula jadi juga akan diserap ke dalam badan dalam tempoh satu jam selepas makan vitamin-vitamin tersebut. Saya merasai sendiri perbezaan antara vitamin Shaklee dengan vitamin lain. Dan saya rasa ruginya untuk tidak berkongsi dengan anda di luar sana. Blog ini bertujuan untuk berkongsi tips-tips kesihatan serta kebaikan Shaklee (saya telah merasainya sendiri).Dan sekarang saya merupakan pengedar sah Shaklee dan pengguna yang 100% berpuas hati dengan vitamin-vitamin Shaklee. Saya berharap agar blog ni dapat memberi manfaat kepada anda di luar sana.
 
Salam sayang,

 

Azimah Mohd Zainuddin

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Untuk pertanyaan sila hubungi

Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Bukit Naga, Kota Kemuning, Shah Alam, Klang dan pengeposan ke seluruh Malaysia.


SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934