Tanda-Tanda Anak Anda Picky Eater

Tahukah ibu-ibu comel 1 daripada 2 orang kanak-kanak dikelaskan sebagai “picky eater” oleh ibu-bapa mereka. Agak susah hendak menangani kanak-kanak yang jenis “picky eater” atau memilih makan ini. Kadang-kala hampir give up ibu bapa hendak memberi makan kepada anak-anak. Pelbagai cara dan tips telah diguna pakai untuk mengatasi masalah anak picky eater ini. Masalah anak picky eater bukan sahaja tidak mahu makan, tetapi banyak lagi tanda-tanda anak anda picky eater.

Tanda-tanda anak anda picky eater paling utama ialah hanya makan sedikit sahaja makanan.

Macam anak Kak Yong yang nombor dua memang picky eater. Hanya suka minum susu sahaja. Bagi Yasmin hanya makan sekali sahaja hidangan nasi lengkap sudah memadai. Itupun makan sedikit sahaja. Paksalah macam manapun, kadang-kadang makan paling maksima lima suap sahaja.

Tanda-Tanda Anak Anda Picky Eater

Makan makanan yang mereka suka sahaja juga merupakan tanda-tanda anak anda picky eater.

Anak-anak yang picky eater ini suka makan makanan kegemarannya sahaja. Jika yang suka makan mi atau bihun, kalau dihidangkan nasi memang takkan makanlah. Selepas itu, memilih makanan juga tidak mahu makan buah atau pun sayur-sayuran. Nasib baik juga Yasmin kalau tidak mahu makan nasi, suka juga makan buah-buahan. Kalau disuapkan sayur boleh juga ditelan.

Antara tanda-tanda anak anda picky eater yang lain ialah :

  • Makan dengan agak perlahan. Jika suruh makan sampai lebih 20 minit ke setengah jam baru habis makan
  • Tidak teruja dan seronok apabila waktu makan. Pandang pun sebelah mata sahaja. Waktu makan lebih rela buat aktiviti sendiri
  • Tidak mahu dan tidak suka untuk mencuba jenis makanan baru
  • Hanya suka makanan yang dia mahu sahaja. Lebih kepada makanan merapu dan juga kurang khasiat.

Tanda-Tanda Anak Anda Picky Eater

Jika si comel anda memenuhi tanda-tanda seperti di atas, ibu-ibu kenalah cari jalan untuk mengatasi masalah anak picky eater.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Bukit Naga, Kota Kemuning, Shah Alam, Klang, Jalan Kebun, Bukit Tinggi dan pengeposan ke seluruh Malaysia.

SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934

One Response

  1. Noriza Rahman February 7, 2016