Takziah MH17

Takziah MH17. Suasana pagi Jumaat yang cerah tidak dapat menggambarkan hati jutaan rakyat Malaysia yang turut bersedih di atas tragedi pesawat MH17 pada 17 Julai 2014 yang lalu. Hari ini 20 daripada 45 orang rakyat Malaysia yang terkorban bakal dibawa pulang. Kapal terbang yang membawa jenazah-jenazah yang terkorban akan tiba di Lapangan Terbang KLIA. Mereka semua akan diberikan penghormatan terakhir.

Takziah MH17

Takziah MH17

Tiada ucapan yang dapat diberikan kepada semua waris MH17 mahupun MH370. Semoga anda semua sentiasa sabar dan berada dalam rahmat Tuhan, walau apa jua agama yang anda anuti. Untuk mereka yang beragama Islam, sabar itu pahit tetapi akan manis jua akhirnya. Redha dan percayalah Allah takkan uji hamba-Nya melebihi daripada apa yang dia mampu.