Sijil Halal Shaklee Tahun 2015

Untuk makluman semua, sijil halal Shaklee akan diperbaharui setiap tahun. Sijil halal Shaklee tahun 2015 telah pun dikeluarkan pada 16 Januari 2015 yang lalu. Badan yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal ini ialah Islamic Services Of America. Satu badan yang memberikan pengiktirafan halal di Amerika Syarikat.

Kak Yong pasti ramai yang tertanya kenapa kena guna sijil halal Amerika. Jawapannya mudah sahaja. Produk Shaklee adalah keluaran Amerika Syarikat. Sudah semestinya dihasilkan, dikilangkan serta dibotolkan dari Amerika. Takkanlah JAKIM yang memang bermukim di Malaysia hendak terbang ke Amerika semata-mata nak audit halal haram pengeluaran produk Shaklee. Kenalah, badan yang bertanggungjawab di negara yang mengeluarkan produk tersebut memberikan sijil halal shaklee tahun 2015.

Sijil Halal Shaklee Tahun 2015

Walau bagaimanapun, jangan risau. JAKIM sendiri mengiktiraf serta memperakukan sijil halal yang dikeluarkan oleh ISA ini. JAKIM mempunyai prosedur yang ketat dalam memantau badan-badan yang diberi kebertanggungjawaban mengiktiraf kehalalan sesuatu produk. Selain ISA, ISA JAKIM juga mengiktiraf sijil halal dari Australian Halal Authority and Advisors, The Halal Catering Argentina, Shandong Islamic Association dan banyak lagilah.

Jadi, Kak Yong harap mereka di luar sana boleh menarik nafas lega. Yakinlah dan gunakan produk Shaklee ini tanpa was-was. Pilihlah hanya yang terbaik untuk kesihatan anda. Yang paling penting sijil halal Shaklee tahun 2015 valid sampai tahun hadapan.

One Response

  1. Noriza Rahman February 12, 2015