Siapa Yang tak Boleh Ambil Alfalfa

Tahukah you all yang Alfalfa jatuh dalam kategori herba. Dan ada juga sesetengah orang yang mempunyai masalah kesihatan tidak boleh dan DILARANG sama sekali untuk mengambil alfalfa.

Pertamanya ibu-ibu mengandung tidak boleh ambil Alfalfa. ini adalah disebabkan pengambilan Alfalfa akan mencetuskan gesa untuk bersalin. Kata orang putihnya boleh trigger contraction. Tahu-tahu sahajalah kalau sudah ada contraction takut terbersalin awal belum cukup waktu sahaja. Risiko keguguran pun boleh terjadi.

Siapa Yang tak Boleh Ambil Alfalfa

Orang yang mempunyai penyakit auto-immune seperti SLE juga tidak boleh ambil Alfalfa. Ini adalah disebabkan kandungan asid dalam Alfalfa boleh memberikan tindak balas yang memudaratkan kepada pesakit SLE.

Siapa Yang tak Boleh Ambil Alfalfa

Akhir sekali, pesakit jantung atau mereka yang mengambil ubat cair darah seperti Warfarin juga tidak boleh mengambil Alfalfa. Ini adalah kerana sumber vitamin K yang tinggi dalam Alfalfa menyebabkan penggunaan warfarin tidak berkesan.