Shaklee Effect Ostematrix Ketika Mengandung dan Berpantang

Antara vitamin Shaklee yang paling saya suka ialah Ostematrix. Ostematrix ini memang dapat dirasai serta-merta kesannya kepada sesiapa sahaja yang mengambilnya. Shaklee effect Ostematrix kepada saya memang terbaik. Saya sudah mengamalkan Ostematrix selama lebih daripada dua tahun. Sejak amalkan Ostematrix memang saya jarang minum susu. Ini adalah kerana Ostematrix merupakan bekalan kalsium harian yang lengkap dengan Vitamin D dan juga magnesium. 4 biji Ostematrix bersamaan dengan bekalan dua gelas susu sehari.

Shaklee Effect Ostematrix untuk Ibu mengandung

Shaklee Effect Ostematrix untuk Ibu mengandung

Antara Shaklee Effect Ostematrix yang boleh saya kongsikan kepada semua ialah ketika mengandung. Ketika mengandungkan anak saya yang pertama dan juga kedua, saya belum lagi menggunakan produk Shaklee. Wanita mengandung perlukan lebih kalsium. Kalau tidak, mulalah diserang kebas-kebas kaki dan tangan serta kejang sewaktu tidur. Saya memang selalu diserang kekejangan ketika tidur sewaktu mengandungkan kedua-dua anak saya. Pantang silap sikit beralih tempat tidur, memang kejang kaki. Sakitnya, hanya Allah yang tahu. Time kejang kaki itu, memang husband saya yang tengah tidurlah jadi mangsa untuk tolak ibu jari kaki supaya gejala kejang itu dapat berakhir. Kesian dia, sebab kadang-kadang husband saya ini tidur mati, memang terpaksa tampar badannya untuk mengejutkan dari tidur.

Kejang kaki ketika mengandung

Kejang kaki ketika mengandung

Berbanding ketika saya mengandungkan anak saya yang ketiga, saya tidak pernah mengalami masalah kekejangan. . Alhamdulillah, ketika mengandungkan Amani juga saya masih menyusukan Yasmin yang masih belum cukup umur dua tahun lagi. Bayangkan, bekalan kalsium saya terpaksa dikongsi dengan Yasmin dan juga bayi dalam kandungan. Ketika itu, memang saya begitu beratkan pengambilan kalsium. Kalsium ini juga penting untuk kesihatan tulang dan gigi saya. Saya memang elak daripada mendapat sakit gigi ketika mengandung dengan membekalkan kalsium yang mencukupi kepada badan. Ostematrix juga dapat mencegah penyakit osteoporosis di kalangan wanita  akibat daripada kekurangan kalsium ketika mengandung mahupun menyusukan bayi.

sakit badan ketika hamil

sakit badan ketika hamil

Selain itu, Ostematrix juga adalah penawar yang paling bagus kepada sesiapa yang mengalami masalah sakit-sakit badan. Dengan mengambil Ostematrix sebelum tidur, kesakitan lenguh-leguh badan ketika mengandung dan menyusukan Yasmin memang akan hilang sewaktu bangun pagi. Bayangkan saya juga terpaksa mendukung Yasmin yang masih kecil ketika itu dan juga mencari posisi yang sesuai untuk menyusukannya membuatkan badan saya mudah terasa lenguh, kurang selesa dan juga sakit-sakit. Dengan pengambilan Ostematrix, masalah lenguh-lenguh badan dapat diatasi. Jika mengalami sakit-sakit badan selepas bersalin, elok juga amalkan Ostematrix.

Buasir ketika berpantang

Buasir ketika berpantang

Pengambilan Ostematrix ketika mengandung juga boleh mencegah penyakit buasir. Saya perasan sehingga sekarang, proses pembuangan saya berjalan dengan lancar. Saya memang syorkan wanita mengandung yang ada masalah untuk membuang mengambil Ostematrix. Penyakit buasir ketika mengandung juga dapat dicegah. Selepas bersalinkan Amani, saya memang tak pernah ambil ubat berak (sori kalau bahasa ini kasar sedikit) bagi melancarkan pembuangan najis. Ubat ini boleh dibeli di farmasi, Fungsinya untuk mengeluarkan najis seperti sebelum kita ditolak untuk masuk ke labour room. Jururawat akan bagi satu jenis ubat untuk mengeluarkan segala isi perut kita. Saya memang fobia untuk membuang kerana setiap kali bersalin memang terpaksa episoktomi. So terpaksa gunting sedikit untuk memudahkan perjalanan keluar bayi. Oleh sebab itu, saya memang fobia sedikit untuk membuang air besar. Walau bagaimana fobia pun, saya memang akan paksa najis keluar sewal dua atau tiga hari selepas bersalin. Ini bagi mengelakkan saya mengalami buasir ketika berpantang. Selepas kenal dengan ostematrix, memang saya tidak mengambil ubat untuk mengeluarkan najis dan hanya bergantung kepada Ostematrix untuk mengeluarkan najis secara semulajadi. Saya memang syorkan untuk ibu selepas bersalin bagi melancarkan proses pembuangan najis.

Tidur Nyenyak dengan Ostematrix

Tidur Nyenyak dengan Ostematrix

Dan yang paling akhir, Shaklee Effect Ostematrix saya ialah memberikan tidur yang lena, nyenyak dan berkualiti. Walaupun terpaksa bangun banyak kali untuk menyusukan bayi, tetapi bangun sahaja pagi badan kita akan terasa sungguh cergas dan tidur memang terasa cukup sahaja. Kalau malam sebelum tidur terlupa makan Ostematrix memang terasa rugi sangat sebab memang dapat rasa kesannya terhadap kualiti tidur kita. Inilah serba sedikit Shaklee Effect Ostematrix kepada saya. Diharap perkongsian ini dapat menggerakkan hati ibu muda yang mengandung dan bversalin di luar sana untuk mencuba Ostematrix.

#shakleeeffectoog bersama blog http://www.anakkuwiraku.com/

Upline : GenkiMomma.com

One Response

  1. Arnie August 22, 2014