Shaklee Effect GLA Complex Stabilkan Hormon Selepas Bersalin

Shaklee Effect GLA Complex stabilkan hormon selepas bersalin memang terbaik membantu menstabilkan hormon saya. Sebenarnya, semenjak dari zaman anak dara hormon saya memang bercelaru. Selepas berkahwin memang kucar-kacir terus. Sebelum mengandungkan anak sulung kitaran haid saya 20 hari period, 7 hari bersih, 14 hari period, 7 ke 10 hari bersih dan kitaran ini berkitar-kitar di jangka masa yang sama. Alhamdulillah, walau dengan kitaran haid yang memang kacau bilau, saya berjaya juga mengandung.

Kitaran Haid Normal

Kitaran Haid Normal

Selepas bersalinkan anak sulung Harith, saya mempunyai masalah haid tidak mahu berhenti dan dalam kuantiti yang banyak sebaik sahaja mula didatangi had yang pertama ketika anak sulung saya berusia 3 bulan. Memang susah hati juga ketika itu. Adalah kadang-kadang hari yang saya bersih tanpa haid. Itupun tak sampai seminggu. Mulalah cari doktor pakar sakit puan. Doktor melakukan pemeriksaan ultrasound untuk mengesan jika terdapat sisa-sisa uri yang tertinggal serta ujian  pap semar untuk mengesan simptom luar biasa pada rahim. Dan hasil pemeriksaan kesemuanya normal.

Pil Regulon

Bagi mengatasi masalah itu, doktor menyuruh saya mengambil sejenis pil perancang yang khusus untuk menstabilkan hormon serta memberhentikan pengeluaran darah haid. Saya ingat lagi, pil tersebut bernama Regulon. Selepas sahaja mengambil pil tersebut selama 2 minggu haid saya berhenti dan kembali normal. Doktor menasihatkan saya supaya terus mengambil pil tersebut sebagai satu langkah untuk stabilkan hormon. Masuk tiga papan pil hormon tersebut, ingat nak berhentikan pengambilan tetapi masalah tersebut berulang semula. oleh sebab itu, saya teruskan juga pengambilan sehingga dua tahun. Ini juga disebabkan belum kenal Shaklee ūüôā

Apabila mengambil keputusan untuk mengandungkan anak kedua, saya berhentikan pengambilan pil hormon tersebut. Alhamdulillah, masalah ketidakstabilan hormon sudah tiada. Kitaran haid seperti biasa. Ketika itu, saya belum kenal Shaklee lagi sehinggalah anak kedua saya Yasmin berusia 8 bulan. Selepas kelahiran yasmin saya memang fully breastfeed menyebabkan saya tidak didatangi haid. Selepas saya mencuba GLA Complex, belum cukup sebotol dalam anggaran 30 biji GLA Complex saya sudah didatangi haid. Kitarannya, Alhamdulillah normal. Shaklee Effect GLA Complex stabilkan hormon selepas bersalin kedua dengan menstabilkan kitaran haid saya.

Shaklee Effect GLA Complex Stabilkan Hormon Selepas Bersalin

Shaklee Effect GLA Complex Stabilkan Hormon Selepas Bersalin

Walau bagaimanapun, masalah hormon saya berulang semula selepas kelahiran anak saya yang ketiga Amani. Darah nifas saya tidak mahu berhenti. Memang keluar darah haid yang banyak bukannya jenis tompokan atau stain. Ianya berlanjutan sehinggalah cukup 60 hari nifas. Masalah timbul apabila saya mengalami sedikit kesulitan untuk bersolat. Saya nekad untuk cuba GLA Complex. Memang saya makan GLA Complex sebiji sehari. Dengan izin Allah jua, masuk hari ke 86 darah nifas saya kering. So, saya teruskan pengambilan GLA Complex sehinggalah sekarang. Anak saya pun sudah berusia setahun tiga bulan. Yang bestnya, makan Shaklee Effect GLA Complex ini untuk saya, memang tiada kitaran haid sehingga anak saya berusia setahun sebulan. Kira yang paling lama tidak haid kerana  menyusukan bayi antara ketiga-tiga anak saya. Untuk anak ketiga pula, Shaklee Effect GLA Complex stabilkan hormon selepas bersalin dengan memberhentikan masalah nifas saya serta tidak didatangi haid selama setahun kerana fully breastfeed.

Oleh sebab itu, jangan takut untuk makan GLA Complex kerana shaklee effect GLA Complex adalah berbeza setiap individu. Dan ianya terbukti dengan anak saya yang kedua dan ketiga. Ada yang terus mengalami kitaran haid ada yang tidak didatangi haid ketika menyusukan bayi. Kepada sesiapa di luar sana yang mengalami masalah hormon selepas bersalin, wajib cuba GLA Complex. Bagi saya kesan Shaklee Effects GLA Complex stabilkan hormon selepas bersalin amat ketara sekali. Masalah hormon selepas bersalin tidak harus dibiarkan kerana berdasarkan pengalaman sendiri ianya mengeruhkan juga hubungan suami isteri.

#shakleeeffectoog bersama blog http://www.anakkuwiraku.com/.

Upline : GenkiMomma.Com

One Response

  1. Arnie September 1, 2014