Set Penjagaan Muka Shaklee

Bulan ini Kak Yong nak fokus entri untuk kecantikan kulit. Sesuai untuk remaja mahupun orang dewasa. Dengan Shaklee kita boleh cantik dengan amalkan set-set vitamin yang sesuai. Selain itu, kombinasi Set Penjagaan Kulit secara luaran juga penting.

Tips untuk adik-adik yang mengalami kulit bermasalah paling utama sekali ialah amalkan regim penjagaan kulit yang basic sekali. Wajib ada step pertama cuci muka dengan cecair pembersih, sapukan toner atau penyegar kulit di muka dan paling akhir sekali pakailah pelembap muka. Seminggu sekali jangan lupa scrub muka untuk hilangkan bintik-bintik hitam dan kotoran di muka.

Set Penjagaan Muka Shaklee

Untuk mencuci muka you all boleh gunakan Gentle Deep Foaming Cleanser. Dah namanya gentle sudah tentunya buihnya lembut sangat pada kulit. Mengandungi bahan semulajadi seperti rumpai laut untuk menanggalkan kotoran, mengelupaskan sel-sel kulit mati serta menegangkan kulit. Alga hijau untuk melembapkan kulit serta membersihkan jauh ke dalam kulit bagi menyingkirkan toksin serta strawberi begonia yang mencerahkan dan meratakan tona kulit. Diformulakan untuk memberikan kesan mencuci yang lembut,  selamat, semulajadi dan menyegarkan.

Langkah kedua mengenakan penyegar kulit atau toner Soothing Radiance Whitening Softener. Fungsi utama untuk menyegarkan kulit dan mengembalikan kulit kepada PH asal selepas mencuci muka. mengandungi ekstrak rosemary, kudzu dan marshmallow untuk memutihkan, mencerahkan dan menegangkan kulit.

Set Penjagaan Muka Shaklee

Credit Testimoni : genkimomma.com

Selepas itu, you all boleh sapukan pelembap muka Balancing Moisturizer yang teksturnya ringan dan bebas minyak. Terbukti secara klinikal mengurangkan garis-garis halus, meningkatkan keanjalan kulit serta mengurangkan kedutan. Sangat hipoalergenik.

Set Penjagaan Muka Shaklee

Credit Testimoni : ummierna.blogspot.com

Kadang-kala boleh jua sental kulit muka untuk keluarkan daki kotoran dengan Gentle Action Make-Up Remover. Mudah sangat dipakai serta tidak melekit. Tunas pokok Bic menanggalkan kotoran di muka tanpa kesan pengelupasan.memang berkesan untuk menyegarkan, menegangkan serta melicinkan kulit.

Paling Kak Yong suka Set Penjagaan Kulit Shaklee ini ialah ianya semulajadi, selamat dan berkesan pada kulit. Harganya agak mahal. Barang baik mestilah ada value. Tapi jangan risau guna sedikit sahaja,. Satu tiub boleh tahan 8 ke 9 bulan. Kadang-kadang sampai setahun lebih baru habis. Kena guna sendiri baru tahu betul ke bohong apa yang Kak Yong cerita ini. Jangan segan-segan hubungi Kak Yong kalau mahukan lebih lagi penerangan di talian 0163964090.