Set Ibu Mengandung Shaklee

Semasa mengandungkan Amani saya memang ambil fully vitamin Shaklee. Vitamin-vitamin Shaklee ini tentunya semulajadi dan selamat kepada saya serta bayi dalam kandungan. Mesti tertanya-tanya apa bezanya vitamin dari klinik kesihatan dari vitamin Shaklee? Sudahlad dapat percuma pulak tu, tak payah bayar. Tahukah ibu-ibu, kebanyakan vitamin dari klinik kesihatan ini jenis vitamin sintetik dan mempunyai pewarna tiruan. Harga vitamin sintetik juga lebih murah berbanding dari menggunakan sumber semulajadi. Jika diambil dalam jangka masa panjang akan membawa kemudaratan kepada kesihatan anda. Tetapi pilihan di tangan sendiri. Jadi pilihlah produk yang boleh membawakan tambah nilai yang bagus kepada kehidupan anda pada masa hadapan.


 

Antara vitamin yang ada dalam set ibu mengandung ini ialah :
  • Vitalea yang lengkap dengan Iron Formula. Elok diambil oleh ibu-ibu yang memunyai masalah bacaan kepekatan darah (HB) yang rendah. Merupakan multivitamin lengkap dengan 12 jenis vitamin dan 7 jenis mineral yang disarankan pengambilannya setap hari oleh RDA. Ibu-ibu yang mengandung perlu memastikan kepekatan darah mereka sentiasa berada dalam paras normal bagi mengelakkan kelahiran bayi pra matang serta masalah tumpah darah ketika bersalin nanti. Multivitamin pula diperlukan oleh badan untuk menggalakkan pertumbuhan sel serta bayi yang sihat semasa dalam kandungan.
  • B Complex yang lengkap dengan setiap jenis vitamin B serta asid folik. Ibu-ibu mengandung digalakkan mengambil minimum 400mcg asid folik sehari. Ianya penting untuk perkembangan sel-sel otak bayi pada awal kehamilan. Selain itu, kajian juga membuktikan bahawa dengan pengambilan asid folik yang mencukupi masalah sumbing bayi di kalangan bayi dapat dielakkan. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan stress ibu-ibu.
 
  • Sustained Released Vita-C Plus yang mempunyai formula istemewa iaitu pelepasan ke dalam tubuh setiap 100mg selama 5 jam. Ini memastikan bekalan vitamin C sentaiasa ada dalam tubuh dan diserap dengan semaksimum mungkin. Tahukah ibu-ibu yang vitamin C merupakan vitamin larut air dan akan dibuang dari badan melalui urin jika tidak digunakan. Jadi buat apa membazir, pilih sahaja vitamin C Shaklee. Selain itu, vitamin C juga membantu penyerapan zat besi ke dalam tubuh dengan lebih berkesan lagi. Kulit ibu-ibu pun akan makin cantik 🙂
  • Ostematrix sebagai sumber kalsium dalam menjaga tulang serta kesihatan gigi ibu-ibu. Ia juga boleh mengelakkan masalah kejang kaki yang selalu dialami oleh ibu-ibu. Ia juga mengawal tekanan darah ibu-ibu supaya dalam keadaan normal. Masalah tekanan darah tinggi pun akan berkurangan.
  • OmegaGuard boleh diambil bermula dari trimester kedua. Elok untuk perkembang sel-sel otak bayi. Kaya dengan Omega 3. Berat badan ibu-ibu pun boleh dikawal. Cuma berat bayi sahaja bertambah, bukannya berat ibu. Struktur bayi pun akan menjadi lebih kuat apabila dilahirkan. Tidaklah lembik sahaja tubuhnya.
  • ESP minuman protein soya non-GMO bagi menggalakkan pertumbuhan sel-sel bayi. Kulit bayi pun akan cantik. Ia juga boleh diganti sebagai kudapan ringan. Tahu sahajalah, ibu mengandung ini memang sentiasa lapar. Jika ada ibu-ibu yang mengalami masalah diabetes ketika mengandung, pengambilan secara istiqamah dapat menstabilkan bacaan gula ibu-ibu.
 
Sememangnya, dengan amalan yang berterusan In Shaa Allah dapat memberikan seribu satu kebaikan kepada ibu dan bayi di dalam kandungan. Harganya murah sahaja dan setiap botol boleh tahan sehingga 1 ke 3 bulan. Kalau Vita-C Plus tu sah-sah 6 bulan boleh tahan. Jom, bertukar kepada Shaklee untuk kesihatan ibu dan bayi yang lebih terjamin. 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi

Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Bukit Naga, Kota Kemuning, Shah Alam, Klang dan pengeposan ke seluruh Malaysia.


SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934