Serikan Kulit Kusam Dengan Buah-Buahan

Ramai yang susah hati apabila kulit kelihatan kusam. Kulit kusam ini kesan daripada kekurangan nutrisi pada sel kulit. Untuk kulit cantik, kak Yong syorkan amalkan pemakanan seimbang serta banyakkan minum air kosong. Pendedahan kepada cahaya matahari serta pencemaran asap debu juga boleh menjadi punca kepada kulit kusam. Oleh itu, penting untuk kita amalkan rutin penjagaan muka harian serta amalkan krim pelindung matahri untuk melindungi kulit muka. Selain itu, boleh juga amalkan tips serikan kulit muka dengan buah-buahan.

Serikan Kulit Kusam Dengan Buah-Buahan

Antaranya yang dapat serikan kulit kusam dengan buah-buahan ialah buah pisang. Buah pisang ini kaya dengan vitamin A, B dan juga E. Lengkap sebagai vitamin anti penuaan. Boleh dibuat masker mahupun dimakan setiap hari. Kaya dengan serat juga yang membantu kesan lawas bagi menyingkirkan toksin dari badan.

Buah lemon juga bantu serikan kulit kusam dengan buah-buahan. Lemon ini memang kaya dengan vitamin C. Boleh digunakan sebagai pencuci muka semulajadi untuk mencerahkan kulit, mengurangkan parut jerawat serta memberikan kesan segar sepanjang hari. Amalkan minum sesudu the jus lemon yang dicampurkan dengan air suam dan juga madu ketika perut kosong bangi menyingkirkan selulit dari kulit.

Buah oren juga kaya dengan vitamin C. Selain tinggi antioksidan untuk memberikan kesan awet muda, kita juga boleh mengeringkan kulit limau untuk dijadikan scrub semulajadi. Memang best, terasa licin dan hilang semua kekotoran dari wajah.

Serikan Kulit Kusam Dengan Buah-Buahan

Buah epal juga menjadi pilihan serikan kulit kusam dengan buah-buahan. Epal membantu juga mengurangkan kedutan pada wajah. Makan epal setiap hari juga mencegah dari pelbagai penyakit. Sapuan jus epal bersama madu juga elok untuk digunakan sebagai pengganti hydrating mask.

Buah betik juga boleh dibuat masker untuk serikan kulit kusam dengan buah-buahan. Sapu sahaja kulit betik di muka untuk menanggalkan kekotoran pada wajah. Dengan menampurkan yogurt bersama isi betik, elok sebagai masker untuk tegangkan kulit muka. Jus betik juga memberikan kesan lawas yang juga menjaga usus dari kesan toksin.

 

http://www.stylecraze.com/articles/5-fruits-for-glowing-skin/?ref=popularsidebar

10 Comments

  1. Noriza Rahman March 3, 2015
    • Azimah March 3, 2015
  2. Hero Borneo March 3, 2015
    • Azimah March 3, 2015
  3. islam di dadaku March 3, 2015
    • Azimah March 3, 2015
  4. Azura MZaki March 4, 2015
    • Azimah March 4, 2015
  5. Azzahairi March 4, 2015
    • Azimah March 4, 2015