Sarapan Pagi Untuk Vegetarian

Sarapan pagi merupakan hidangan makanan yang wajib diambil setiap hari. Kepada mereka yang mengamalkan diet vegetarian, pemilihan sarapan pagi yang tepat perlu diambil berat bagi mengekalkan tenaga sepanjang hari. Semua pun tahu yang mereka yang mengambil diet vegetarian ini tidak makan daging. Oleh sebab itu, bekalan sumber protein mereka adalah terhad. Di sini saya share tips sarapan pagi untuk vegetarian daripada sumber protein.

Protein Untuk Vegetarian

Protein Untuk Vegetarian

Boleh mulakan sarapan pagi untuk vegetarian dengan mengambil sumber bijian seperti bijirin sarapan yang diperbuat daripada gandum, oat mahupun jagung. Kalau rasa jemu nak makan bijirin sarapan dengan susu segar, boleh juga buat cucur, lempeng, muffin atau cupcake mahupun wafel. Ditambah dengan madu untuk kelainan. Cara ini bagi memastikan tubuh kita mendapat bekalan protein yang mencukupi setiap hari.

tempe goreng

tempe goreng

Alternatif lain ialah dengan mengambil soya sebagai sarapan pagi untuk vegetarian. Orang Malaysia memang suka makan tempe yang diperbuat daripada soya. Boleh digoreng begitu sahaja mahupun dibuat masak lemak atau tumis cili. Boleh juga amalkan minum susu soya sebagai bekalan protein untuk mereka yang vegetarian. Boleh amalkan ESP yang lengkap dengan asid amino yang diperlukan oleh tubuh badan. Nanti saya akan share entri kenapa ESP sesuai untuk mereka yang vegetarian.

Boleh juga amalkan makan mentega kacang disapu dengan roti. Kacang juga merupakan sumber protein. Selain itu, boleh juga mengambil sarapan yang terdiri daripada salad buah-buahan dan sayur-sayuran. Masukkan sahaj sumber kekacang seperti kacang almond, pecan dan juga gajus. Tambah sekali dengan kismis mahupun buah kurma yang juga merupakan sumber protein.

Lempeng

Lempeng

Nak lagi best anda yang vegetarian boleh cuba menu sarapan pagi untuk vegetarian ini. Memang mempunyai gabungan protein yang banyak. Itupun, kalau anda punya banyak masa terluang sebelum bergerak ke pejabat.

Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum

1 1/2 cawan air (boleh ditambah sedkit demi sedikit sesuai dengan kepekatannya & jangan terlalu cair)
1 sudu teh garam halus
1 biji telur (saya kurang pasti sama ada diet vegetarian boleh ke tidak makan telur)
Boleh campurkan oat, kismis, kacang badam
Cara masak :
1. Semua bahan di atas di satukan dan dikisar sekejap dalam mesin pengisar (blender) menjadi batter.
2. Ambil satu senduk bancuhan tepung (batter)  dan dileserkan dalam kuali non-stick. Jangan terlalu tebal, lebih kurang seperti tebal roti canai.
3. Bila bahagian bawah telah garing sedikit, balikkan lempeng bahagian bawah naik ke atas.
4. Bila kedua-dua bahagian telah masak, angkat dari kuali.

 

No Responses