Sarapan Pagi Bubur Oat Ayam Mudah

Untuk mereka yang tengah berazam untuk kuruskan badan, resepi bubur oat ayam mudah ini memang sesuai untuk you all. Sebenarnya, hari sebelumnya Kak Yong masak sup ayam versi campak-campak. Lebihan sup ayam jadikan oat buat sarapan pagi. Ringkas, sedap dan berkhasiat.

Sarapan Pagi Bubur Oat Ayam Mudah

Ini adalah resepi sup versi campak Kak Yong. Memang tidak perlu menumis, cuma rebus sahaja. (Maaflah gambar sup lupa hendak tangkap, udah lapar sangat. Terus ngap!!!)

  • Setengah ekor ayam
  • Dua batang daun saderi
  • Sebatang Lobak Merah
  • 1 bungkus sup bunjut
  • Selabu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inic halia
  • Daun Sup dan daun bawang.
  • Air 1 liter (boleh tambah kalau suka kuah banyak)
  • Garam secukup rasa

Kesemuanya dipotong ikut suka you all. Dimasukkan ke dalam periuk. Masukkan air. Kemudian rebus atas dapur. Biarkan ayam masak, serta keluar minyak-minyak ayam itu. Hmmm, sebab itulah tak menumis guna minyak sebab ayam itupun sudah banyak minyaknya. Reneh dalam 30 ke 40 minit. Perasakan dengan garam.

Sarapan Pagi Bubur Oat Ayam Mudah

Resepi oat untuk sarapan pagi, bagi satu hidangan.

  • Semangkuk sup ayam
  • 4 sudu besar rolled oat

Reneh dalam 15 minit sehingga oat kembang. Bolehlah cuba untuk kelainan sarapan pagi you all.

 

DISCLAIMER

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Bukit Naga, Kota Kemuning, Shah Alam, Klang, Jalan Kebun, Bukit Tinggi dan pengeposan ke seluruh Malaysia.
SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934
Email : azimah.zainuddin@gmail.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge