Roti Titab Istimewa Di Kopitiam Kita, Kota Bharu Kelantan

Minggu lepas Kak Yong sekeluarga bercuti ke Kota Bharu, Kelantan. Sebelum pergi, sempatlah google tempat makan yang menarik di Kelantan. Rugi tak cuba makanan yang sedap kalau pergi bercuti. Bab diet kena tolak ke tepi. Kan ada vitamin Shaklee penyelamat keadaan untuk memecahkan lemak-lemak tambahan ketika bercuti.

Roti Titab Istimewa Di Kopitiam Kita, Kota Bahru Kelantan

Salah satu tempat sarapan yang agak popular di sini ialah kedai Kopitiam Kita. Memang ramai sangat orang yang bersarapan di sana. Kena beratur tunggu meja kalau pergi waktu puncak. Nasib baik kami bersarapan di sana pada hari Ahad. Orang-orang tempatan di sana sudah mula masuk bekerja.

Roti Titab Istimewa Di Kopitiam Kita, Kota Bahru Kelantan

Antara menu istimewanya ialah roti titab. Roti bakar yang dipecahkan telur setengah masak di atasnya dan diletakkan sedikit seri kaya. First time makan macam ni. Portion rotinya besar dan memang sedap. Merasa juga minum air kopi susunya. Kopi memang terasa sangat kaw-kaw.

Roti Titab Istimewa Di Kopitiam Kita, Kota Bahru Kelantan

Yang menariknya di sini, walaupun owner tempat ini adalah orang cina, pekerjanya terdiri daripada orang melayu dan memang pelbagai bangsa menjamu selera di sini. Servis pekerja di sini memang tip-top. Cepat dan pantas serta mesra pelanggan gitu. Tengok sahaja gambar di atas yang mana ramai betul orang yang singgah makan di sini.

Roti Titab Istimewa Di Kopitiam Kita, Kota Bahru Kelantan

Di Kopitiam Kita juga merupakan tempat yang mana kita boleh dapat pelbagai jenis makanan yang istimewa daripada Kelantan. Dari nasi Kak Wok, nasi kerabu, nasi dagang, laksam sehinggalah kepada kuih-muih istimewa di Kelantan. Konsepnya, cuma pilih sahaja mana yang berkenan di hati, makan dan bayar apabila telah selesai makan.

Roti Titab Istimewa Di Kopitiam Kita, Kota Bahru Kelantan

Kak Yong syorkan you all yang pertama kali jejak ke Kota Bharu, Kelantan wajib pergi ke Kopitiam Kita ini. Mana ada tempat lain di Malaysia yang jual roti titab. Nak rasa apa yang istimewanya roti titab kena jejak kaki di sini. Jangan lupa mencuba roti titab you all…