Risiko Duduk Terlalu Lama

Nature of works zaman sekarang ini memerlukan kita duduk di hadapan komputer. Tahukah anda terdapat risiko duduk terlalu lama dari segi kesihatan. Walaupun, kita terpaksa duduk apabila bekerja di pejabat, cuba amalkan regangan otot dan berjalan sekejap-sekejap bagi memastikan otot-otot dan anggota badan berada pada keadaan relax dan tidak tertekan.

Risiko-Duduk-Terlalu-Lama-risiko-duduk-terlalu-lama-tips-kesihatan-Pengedar-Shaklee-Shah-Alam-Klang-Kota-Kemuning-Jalan-Kebun-Sri-Muda-Bukit-Naga

Risiko Duduk Terlalu Lama

Antara risiko duduk terlalu lama ialah boleh meningkatkan peratusan untuk mengidap penyakit kritikal seperti Diabetes Type 2, penyakit kardiovaskular dan juga mati mengejut akibat serangan stroke atau jantung. Terdapat kajian yang dijalankan pada tahun 2012, apabila duduk terlalu lama risiko untuk mengidap penyakit kritikal ini meningkat sehingga 100%.

Selain itu, duduk terlalu lama juga melambatkan proses metabolisme badan. Apabila metabolisme badan menurun, makan tidak dapat ditukarkan kepada tenaga sehingga mendapan gula membawa kepada penyakit Diabetes Type 2 dan juga obesiti. Proses pembakaran lemak akan berkurangan kerana tiada aktiviti yang melibatkan pergerakan seluruh anggota badan akibat daripada duduk terlalu lama.

Wanita-Boleh-Mengidap-Obesiti-Akibat-Duduk-Terlalu-Lama-risiko-duduk-terlalu-lama-tips-kesihatan-Pengedar-Shaklee-Shah-Alam-Klang-Kota-Kemuning-Jalan-Kebun-Sri-Muda-Bukit-Naga

Wanita Boleh Mengidap Obesiti Akibat Duduk Terlalu Lama

Wanita yang berusia mencecah fasa menopause juga akan menghadapi risiko duduk terlalu lama peratus untuk mengidap diabetes juga akan semakin tinggi. Ini adalah disebabkan kurangya aktiviti serta pengeluaran hormon insulin daripada pankreas akan meninggikan risiko sakit Diabetes.

Risiko duduk terlalu lama melebihi dua jam di hadapan peti televisyen mahupun skrin komputer akan meningkatkan serangan jantung. Serangan ini akan makin kerap berlaku kepada lelaki yang berusia. Risiko mati mengejut juga senang berlaku akibat daripada duduk terlalu lama. Kebanyakan daripada mereka ini berusia muda dan mati mengejut akibat serangan sakit jantung.

Aktiviti-Regangan-di-Pejabat-risiko-duduk-terlalu-lama-tips-kesihatan-Pengedar-Shaklee-Shah-Alam-Klang-Kota-Kemuning-Jalan-Kebun-Sri-Muda-Bukit-Naga

Aktiviti Regangan di Pejabat

Oleh sebab itu, ambillah peluang jika berkesempatan untuk melakukan aktiviti regangan. Duduk terlalu lama di hadapan skrin melebihi daripada dua jam boleh membawa kepada risiko mendapat penyakit kronik. Mulakan langkah aktif anda di tempat kerja mahupun pejabat bagi mengelak mendapat risiko duduk terlalu lama dari segi kesihatan.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Shah Alam , Klang, Kota Kemuning, Jalan Kebun, Sri Muda, Bukit Naga, dan pengeposan ke seluruh Malaysia.
SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934