Review Set Bersalin Anugerah

Selain menggunakan produk Shaklee ketika berpantang, untuk luaran Kak Yong menggunakan Set Bersalin Anugerah. Memang Kak Yong suka sangat sebab mudah, tidak leceh dan memang guna sampai habis. Memandangkan Kak Yong sudah habis berpantang nak ceritakan sedikit review Set Bersalin Anugerah ini dari pengalaman Kak Yong sendiri menggunakannya.

Untuk mereka yang tidak suka bau yang busuk ketika berpantang, set ini mungkin menjadi pilihan anda. Kak Yong memang tidak sabar untuk buat review Set Bersalin Anugerah ini. Kak Yong beli yang paling murah sahaja Set bersalin Normal Anugerah yang mengandungi :

  • 1 botol minyak talon untuk bayi yang memang wangi dan menghangatkan bayi. Masalah kembung perut juga dapat dielakkan. Yang penting ianya elok, serasi, wangi serta berangin untuk baby Hafiy.
  • 1 botol minyak pilis Anugerah. Tak payah nak pakai yang serbuk. Siap kena bancuh bagai. Kadang-kadang kalau pakai yang serbuk masuk mata kitalah, paling parah mata baby ketika menyusu. Baunya sungguh menyegarkan sebab kandungan buah pala yang ada didalam minyak pilis ini. Baunya wangi dan paling Kak Yong suka memang membantu menghilangkan sakit kepala serta buang angin meroyang dari bahagian kepala.
  • 1 botol Losyen Sejuta Khasiat Anugerah ini paling best. Sebab baunya wangi macam epal. Paling best Encik Husband siap tegur lagi katanya wangi ketika berpantang kali ini. Losyen ini untuk disapukan ke seleruh badan especially bahagian perut dan pinggang sebelum berbarut. Memang panas walaupun sapu sedikit sahaja. Membantu untuk kurus, perut kempis serta melegakan sakit pinggang.

Review Set Bersalin Anugerah

  • 1 botol Minyak Sejuta Rahsia Anugerah yang sesuai juga disapukan ke seluruh badan. Boleh juga dijadikan minyak urut ketika berurut dengan mak bidan. Wangi, berangin serta melegakan kesakitan seluruh badan. Panas juga membantu untuk mememecahkan lemak berlebihan dalam badan.
  • 6 uncang mandian Sauna Herba Anugerah. Boleh digunakan sebanyak dua kali rebusan. Sebelum mandi elok dijadikan herba sauna. Baunya wangi, tidak busuk serta mudah. Tidak payah untuk mencari daun-daun kayu serta daun herba untuk dibuat mandian. Memang lega sungguh selepas mandi. Urat-urat pun tidak tegang sangat selepas mandi herba.
  • 1 botol Rahsia Kebersihan Wanita yang merupakan pembersih yang diperbuat daripada daun sireh yang membantu mengeringkan luka dengan cepat, mengetatkan bahagian intim serta memulihkan masalah keputihan.
  • Selain menjaga bahagian luaran badan, terdapat juga minuman jamu Minuman Kesihatan Bijian Anugerah. Dapat skali dengan set takkan hendak membazir bukan. Memang Kak Yong cuba juga mengambilnya. Boleh ditelan dan juga elok untuk kesihatan dalaman. Membantu juga untuk menurunkan berat badan dengan memberikan effeks lawas. Minum minyak bijian pada waktu pagi serta telan ostematrix pada waktu malam, memang ke toilet 2 kali sehari untuk qadha hajat.

Review Set Bersalin Anugerah

Kepada mereka yang masih tercari-cari set yang sesuai untuk anda, mungkin boleh cuba kombinasi Set Berpantang Shaklee bersama dengan Set Bersalin Anugerah ini yang mudah, cepat menyerap ke dalam badan serta berkesan. Ini hanyalah pandangan peribadi Kak Yong. Setiap kesan adalah berbeza kepada setiap individu serta dengan izin Allah jua.

 

One Response

  1. Syaza May 31, 2016