Restoran Muar Station di Kota Kemuning

Sepanjang minggu lepas ramai sungguh rakan sepejabat makan style Sheel Out di Restoran Muar Station, Kota Kemuning. Mereka bagi feedback sedap. Kalau namanya Muar Station sudah tentulah restoran ini menyajikan juga masakan popular dari Muar seperti Mi Bandung Muar, Roti Kacang Pool, lontong goreng dan juga pelbagai lagi masakan lain.

Restoran Muar Station di Kota Kemuning

Hujung minggu lepas tekak kak Yong macam hendak makan Mi Bandung Muar. Apalagi, berdesuplah pergi ke sana. Cara nak pergi agak mudah. Gunakan sahaja LKSA atau KESAS dan exit ke Kota Kemuning. Paling senang guna sahaja Google Map mahupun Waze, In Shaa Allah sampai depan kedai.

Restoran Muar Station di Kota Kemuning

Restoran ini dibuka seawal pagi sehinggalah tengah malam. Kalau nak makan waktu sarapan dipersilakan datang. Kalau waktu tengahari ada juga lauk-pauk hidangan tengahari  dan juga menu terbaik mereka Shell Out. Selain itu, ada juga western seperti spageti, chicken chop, laksa penang, char kuew toew dan banyak lagilah. Pendek kata, datang sini tengok menu mesti ada yang memenuhi citarasa.

Restoran Muar Station di Kota Kemuning

Harga makanannya tidaklah terlalu mahal. Memang standard harga area Shah Alam. Tapi diingatkan portion makanan western memang boleh makan untuk dua orang sepingggan. Kak Yong order spageti olio seafood dengan spageti carbonara. Memang genorous dan banyak sungguh.

Restoran Muar Station di Kota Kemuning

First time juga Kak Yong cuba Roti Kacang Pool. So, tak tahu nak bandingkan dengan restoran mana. Rotinya agak lembut, telur kuning yang carir serta kuah cicah yang ala-alah murtabak rasanya. Ada daging kentang, udang kering di dalamnya.

Restoran Muar Station di Kota Kemuning

Rasa mi bandung Muarnya memang sedap. Pedas dengan manis yang cukup. Terbangkit nostalgia ketika makan Mi Bandung di stesen bas Muar ketika zaman sekolah asrama dulu. Memang sedap sangatlah.

Restoran Muar Station di Kota Kemuning

Kak Yong dan anak-anak tak order Shell Out. Kebanyakan yang datang semua makan Shell Out. Sesiapa yang nak cuba Shell Out Style Muar Station hanya RM 19.80 sekepala. Memang specialties di sini juga. Restoran ini sentiasa sahaja penuh. Dan malam minggu ada group busking yang buat performance. Kalau datang dari jauh, kak Yong syorkan you all buat booking dulu, takut dah sampai kena tunggu beratur pula. Nak cuba makanan Muar yang sedap dengan harga yang berpatutan jom cuba di Restoran Muar Station, Kota Kemuning Shah Alam.