Resepi Bubur Nasi Anak

Sebagai ibu bekerja penyediaan makanan untuk anak memang penting bagi Kak Yong. Setiap pagi memang jadi rutin harian untuk memasak bubur nasi untuk si kecil Amani. Bukan apa, sebagai jaminan yang makanan kita hantar ke taska itu mencukupi untuknya. Anak Kak Yong yang ketiga ini memang kuat makan. Jadi, Kak Yong masak bubur nasi setiap pagi sebagai sarapan segera dia. Memudahkan kerja pengasuh taska. Hari ini, Kak Yong nak kongsi jenis sayuran berakar yang boleh dimasukkan dalam resepi bubur nasi anak.

Resepi Bubur Nasi Anak

Resepi bubur nasi anak yang paling favourite sekali mestilah dicampurkan dengan ubi kentang. Khasiat ubi kentang memang tidak dapat dinafikan lagi. Sebagai sumber karbohidrat untuk tenaga dan juga kaya dengan vitamin C. Lengkap dengan kalium dan juga potasium untuk tumbesaran bayi. Yang paling penting, rasanya juga sedap. Kentang juga lembut untuk penghadaman usus bayi.

Selain itu, labu juga menjadi pilihan Kak Yong untuk dicampurkan sebagai resepi bubur nasi anak. Warna jingga labu memberikan pengalaman menarik ketika sesi makan Amani. Mengandungi zat magnesium untuk kesihatan jantung. Labu juga elok untuk mencegah kanser bagi orang dewasa. Rasanya juga manis dan cepat empuk. Labu juga penting untuk melancarkan peredaran darah dalam badan.

Lobak merah juga menjadi kegemaran Amani. Kaya dengan vitamin A dan B untuk perkembangan penglihatan Amani. Diperkaya dengan beta karotena dan lutien dalam menjaga kesihatan mata serta jantung. Ianya juga membantu menjaga kesihatan usus Amani serta mengurangkan pengumpulan lemak kolesterol pada hati.

Resepi Bubur Nasi Anak

Rasa manis ubi keledek juga boleh dimasukkan sebagai resepi bubur nasi anak. Kaya dengan karbohidrat, zat besi, vitamin A, B2, C dan juga beta karotena. Yang elok untuk tumbesaran anak, melindungi dari penyakit serta memberikan rasa kenyang berpanjangan.

Ini adalah resepi bubur nasi anak sayuran berakar untuk si comel Kak Yong Amani. Walau bagaimanapun, ibu-ibu boleh juga tambah lobak putih atau sengkuang sebagai pilihan lain. Sejujurnya, saya belum pernah cuba untuk memasukkan kedua-dua jenis sayuran berakar ini ke dalam bubur. Mahukan, kelainan dan cabaran, ibu -ibu boleh mencipta resepi yang kena dengan selera si manja.