Refleksologi dan Kebaikannya

Antara rutin bulanan Kak Yong dan suami salah satunya ialah melakukan refleksologi kaki bersama-sama. Kiranya masa untuk US TIME tanpa anak-anaklah. Selalunya, kami urut kaki refleksologi di AEON Bukit Rimau. Memang pelanggan tetap. Sebab utama, tukang urut di sana memang terasa urutnya walaupun mereka itu masih muda dan lengkap panca indera. Sebenarnya, ramai yang kurang tahu refleksologi dan kebaikannya kepada tubuh badan.

Kak Yong suka refleksologi urut kaki kerana untuk melegakan tekanan dan keletihan. Refleksologi dan kebaikannya boleh mengelakkan depresi serta melegakan tekanan berlebihan. Jika tertekan dengan kerja mahupun anak-anak elok cuba urut kaki. Jika mengalami keletihan melampau juga, salah satu caranya urut kaki.

Refleksologi dan Kebaikannya

Selain itu, refleksologi dan kebaikannya ialah memperbaiki peredaran darah ke seluruh badan. Saraf-saraf pada tapak kaki sebenarnya berkait rapat dengan fungsi organ dalam badan. Jika selalu ururt kaki, kita sebenarnya menggalakkan peredaran darah ke organ-organ badan supaya berfungsi dengan baik.

Rahsia refleksologi dan kebaikan yang paling best untuk suami isteri ialah dapat memperbaiki lagi kehidupan seks seseorang. Jika rasa macam feeling romantic boleh cuba urut kaki pasangan anda. Ini bukan Kak Yong yang cakap, tetapi terdapat kajian yang menyatakan urutan refleksologi boleh memberi rangsangan kepada anggota badan yang lain.

Jika ada selalu mengalami sakit kepala atau migran, refleskoslogi dan kebaikannya ialah boleh mengurangkan simptom sakit kepala tersebut. Pengalaman Kak Yong selepas setiap kali urut kaki refleksologi ialah mesti rasa mengantuk hendak tidur kerana toksin banyak di dalam badan. Selepas minum air kosong serta elelapkan mata memang akan ringan sahaja rasa bebanan di kepala.

Refleksologi dan Kebaikannya

Kepada wanita yang mengalami fasa menopause, salah satu cara untuk melegakan keadaan tidak selesa, keletihan, kepanasan, pening kepala serta tekanan melalui kaedah refleksologi urut kaki. Ianya juga salah satu kebaikan refleksologi. Selain itu, sakit belakang juga akan semakin berkurangan jika kerap mengamalkan urut kaki.

Tips urut kaki yang kak Yong nak kongsi ialah pergilah berurut bersama suami, dapat menambahkan kemesraan. Minum banyak air kosong selepas berurut dan kalau Kak Yong suka urut pertama kali dengan orang cacat penglihatan kerana deria rasa mereka lebih tepat berbanding mereka yang sempurna.

4 Comments

  1. Hafizul February 10, 2015
    • Azimah February 10, 2015
  2. farah February 15, 2016
    • Azimah March 3, 2016