Rahsia Kekal Bertenaga Untuk Ibu Bekerja

Rahsia kekal bertenaga untuk ibu bekerja. Mesti ramai yang teruja dengan tajuk ini.

Saya nak share rahsia kekal bertenaga sebagai ibu yang beranak tiga, menyusukan bayi serta menjalankan bisnes online secara part time. Rahsia kekal bertenaga untuk ibu bekerja ini sesuai untuk sesiapa sahaja. Malahan ibu mengandung atau mereka yang baru bergelar ibu lagilah mesti kena baca entri ini sampai habis.

Rahsia-kekal-bertenaga-untuk-ibu-bekerja

Rahsia kekal bertenaga untuk ibu bekerja dengan vitalea.

Jadual harian saya memang sungguh padat. Bangun seawal 6 pagi dan hanya melelapkan mata pukul 11:00 malam. Rahsia kekal bertenaga untuk ibu bekerja ialah mesti ambil sebii vitalea sehari selepas sarapan. Jika ibu mengandung, boleh ambil dua biji selepas sarapan dan juga selepas makan tengahari. Kenapa mesti vitalea? Vitalea ini adalah multivitamin lengkap dengan pelbagai mineral. Badan kita memerlukan cukup nutrisi bagi memastikan sentiasa kekal cergas, bertenaga dan tidak letih. Dalam vitalea ada zat besi yang membantu untuk menghasilkan hemoglobin dalam sel darah. Hemoglobin ini penting untuk mengangkut oksigen serta makanan ke seluruh sistem badan. Oksigen adalah penting kepada sel-sel badan supaya kita kekal bertenaga. Jika cukup oksigen dan juga nutrien makanan diangkut ke selerh badan, amsalah lesu sudah tentu dapat dielakkan. Mestilah kena kekal bertenaga, kerana di pejabat banyak tugasan kerja menanti untuk disiapkan. Pulang ke rumah sahaja menjadi supermak yang memang menjaga tiga orang anak yang aktif membesar serta melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, mengemas dan melipat kain. Belum masuk si kecik nak mengempeng lagi. Kepada ibu muda yang baru sahaja kenal rutin menjadi ibu bekerja, mungkin boleh cuba Vitalea untuk mengurangkan keletihan.

Rahsia-kekal-bertenaga-untuk-ibu-bekerja

Rahsia kekal bertenaga untuk ibu bekerja ialah kurangkan stress.

Sebenarnya menjadi ibu bekerjaya serta menguruskan anak-anak ketika berada di rumah juga agak tertekan. Antara rahsia kekal bertenaga untuk ibu bekerja ialah dengan menangani stress. Saya memang amalkan B Complex setiap hari. B Complex memang membantu untuk mengawal tekanan harian saya. Bayangkan dengan kerja-kerja di pejabat yang perlu disiapkan segera. Tambahan lagi dengan keletah anak menjerit atau bergaduh manja ketika di rumah memang agak tertekan. Selain itu, saya juga perlu mengajar anak sulung saya Harith mengulangkaji pelajaran setiap hari. Dengan keadaan sebegitu, B Complex wajib diambil untuk megurangkan tahap kemarahan saya serta menjadikan saya mengawal emosi dengan lebih baik. B Complex juga elok untuk ibu mengandung dan juga ibu menyusu. Elok untuk ibu, elok untuk si comel.

Rahsia-kekal-bertenaga-untuk-ibu-bekerja

Rahsia kekal bertenaga untuk ibu bekerja kekal cantik

Menjadi ibu bekerja membuatkan saya mesti menjaga penampilan dir. Saya mengaku yang saya memang tidak memakai alat solek ketika di pejabat. Cukuplah dengan memakai pelembap dan juga dialaskan dengan bedak Jhonson. Walau bagaimanapun, rahsia kekal bertenaga untuk ibu bekerja kekal cantik ialah dengan mengamalkan Sustained release Vita-C Plus dan juga ESP. Semua orang tahu yang vitamin C memang sinonim dengan kecantikan. Selain itu, ianya juga membantu untuk mengekalkan sistem pertahanan badan saya daripada dijangkiti penyakit seperti demam atau selesema. ESP pula adalah minuman protein yang membantu untuk mengekalkan berat badan saya pada tahap yang normal. Kalau berat bertambah, sudah tentu susah nak bergerak pantas bagi mengekalkan momentum harian. protein dan juga vitamin C memang bagus untuk kecantikan kulit dan juga kekal awet muda. Sesiapa yang mementingkan kecantikan, tidak kira ibu mengandung atau ibu yang baru sahaja lepas bersalin, memang bagus untuk amalkan Sustained Release Vita-C Plus dan juga ESP.

Rahsia-kekal-bertenaga-untuk-ibu-bekerja

Rahsia kekal bertenaga untuk ibu bekerja ialah tidur yang berkualiti.

Paling penting sekali rahsia kekal bertenaga untuk ibu bekerja ialah mesti dapatkan tidur yang berkualiti. Tidak perlu lama tetapi kena memberikan saya kesegaran di awal pagi. Untuk membantu saya tidur dengan nyenyak dan berkualiti, saya mesti telan 4 biji Ostematrix setiap malam sebelum tidur. bantu saya tidur lebih lena. Walaupun terpaksa bangun malam untuk menyusukan Amani. Kalau rasa sengal-sengal badan sebelum tidur, In Shaa Allah bangun pagi sahaja rasa lebih cergas, hilang sengal badan dan juga bertenaga. Memang saya syorkan diambil oleh ibu mengandung juga sebab mengelakkan rasa kebas-kebas dan kejang kaki ketika hamil. Ostematrix juga membantu mengekalkan kesihatan tulang.

Walau bagaimanapun, apa yang saya kongsikan hanyalah pengalaman saya sendiri. Jika berminat untuk mengalami sendiri rahsia kekal bertenaga untuk ibu bekerja, anda perlulah bersedia untuk minum air kosong sebanyak 2 hingga 3 liter sehari. Jangan culas minum air, Ini adalah kerana air memastikan tubuh badan kita kekal terhidrat, bertenaga serta awet muda. Dan, pesanan penaja dari saya, anda mungkin terpaksa kerap berkunjung ke tandas lebih-lebih lagi jika penghawa dingin di pejabat anda memang sejuk dan dari jenama terkemuka.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Shah Alam , Klang, Kota Kemuning, Jalan Kebun, Sri Muda, Bukit Naga, dan pengeposan ke seluruh Malaysia.
SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934

13 Comments

  1. Myra Jay September 24, 2014
  2. rokiah September 26, 2014
  3. Hafizul September 27, 2014
    • Azimah October 1, 2014
  4. arnie September 29, 2014
  5. Azura MZaki October 2, 2014
    • Azimah October 9, 2014
  6. Nurul Fazreen Othman October 13, 2014
    • Azimah October 13, 2014
  7. Dr Fattah February 25, 2015
  8. ikhwan February 25, 2015
    • Azimah March 2, 2015