Rahsia Kak Yong Kekal Bertenaga

Lama sungguh Kak Yong tidak meluangkan masa mencoret di Blog Kak Yong. Naik bersawang dah kalau tunggu lama-lama lagi…Sebenarnya, Kak Yong baru sahaja mula bekerja bulan Januari yang lepas. Masih lagi dalam fasa menyesuaikan diri selepas cuti selama lebih dari 8 bulan melahirkan Hafiy. Artikel ini istimewa untuk perkongsian rahsia Kak Yong kekal bertenaga sewaktu bekerja serta menjayakan sesi penyusuan Hafiy ketika di pejabat.

Rahsia Kak Yong Kekal Bertenaga

Istimewanya Hafiy ini disebabkan terlebih lama berkepit dengan umi…memang tak mahu langsung menyusu melalui botol. Masa bulan pertama memang gigih dia menahan kelaparan ketika di taska. Hari Isnin dengan Selasa sahaja bertahan. Masuk hari Rabu hingga Jumaat mulalah demam panas akibat kekurangan air dalam badan. Rutin itu berlangsung selama hampir tiga minggu. Masuk sahaja minggu keempatt bulan Januari, Kak Yong ambil keputusan terpaksalah ulang-alik ke taska pada waktu rehat untuk menyusukan Hafiy secara direct feed.

Rahsia Kak Yong Kekal Bertenaga

Jarak antara pejabat Kak Yong dengan taska Hafiy dalam 20 hingga 30 minit jarak perjalanan. Alhamdulillah, adanya LKSA memang membantu sangat untuk pecut pulang ke rumah. Setiap hari berdoa supaya jalan tidak sesak dengan cuaca tidaklah panas sangat. Walau bagaimanapun, bukan kita yang kawal semuanya. Ada ketika jalan sesak, cuaca panas terik serta tempak meletak kereta yang jauh dari pejabat serta kawasan yang berbukit memang menguji kesabaran setiap hari.

Rahsia Kak Yong kekal bertenaga dengan Set Penyusuan Shaklee

Kak Yong masih lagi mengepam di pejabat pada waktu pagi dan juga petang. Tengahari barulah menyusukan Hafiy secara direct. Kak Yong masih lagi mengepam di pejabat sebab konsep penyusuan adalah “Supply vs Demand”. Kalau berkoyan Kak Yong telan supplement untuk banyakkan susu kalau tidak pam di pejabat, alamatnya cukup dua tiga bulan akan keringlah susu badan. Nasib baik juga Kak Yong konsisten amalkan Set Penyusuan Shaklee. Antara asbab yang membantu Kak Yong untuk kekal bertenaga, kurang letih serta mengekalkan production susu harian. Paling penting elakkan stress dan keletihan sepanjang hari yang boleh membuatkan susu merundum jika tidak ditangani dengan baik.

Makanan Banyakkan Susu Ibu

Antara yang isteimewanya Set Penyusuan Shaklee ialah :

  • Vitalea yang mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan. Zat besi membantu menghasilkan sel darah merah dalam badan yang membantu mengangkut oksigen dan makanan dalam badan bagi mengelakkan keletihan sepanjang hari. Jangan main-main kalau kurang oksigen boleh sebabkan pening kepala serta mudah pitam.
  • Sustained Released Vita-C Plus yang membantu menguatkan sistem imun badan, mengelakkan penyakit serta memelihara kelembapan kulit. Cuaca panas terik dan juga pejabat yang berhawa dingin mampu membuatkan kulit Kak Yong kering dan nampak tua.
  • B Complex yang membantu Kak Yong kekal bertenaga serta mengawal level of stress setiap hari. Kalau rasa tertekan di pejabat mahupun di rumah, ambil lebih B Complex setiap hari. Tona kulit juga akan menjadi lebih sekata yang menjadikan wajah kita sentiasa segar.
  • Ostematrix yang wajib Kak Yong telan setiap hari sebelum tidur yang membantu menghilangkan sakit-sakit badan. Selain itu, kalsium dan juga magnesium boleh memberikan kesan tidur yang lebih berkualiti. Kak Yong setiap hari akan bangun  pada pukul 5.00 pagi setiap hari. Alhamdulillah, jarang mengantuk di pejabat.
  • ESP yang Kak Yong minum setiap pagi sebelum ke pejabat memberikan rasa kenyang lebih lama serta kekal bertenaga setiap hari. SElain itu, ESP ini sumber protein yang bertindak sebagai milk booster.
  • Alfalfa Complex juga bertindak sebagai milk booster, menjadi salah satu vitamin yang menjaga kesihatan wanita dan menyingkirkan toksin di dalam darah. Sambil menyelam minum air kata orang. Sebagai penggalak susu dan juga sebagai salah satu rahsia Kak Yong kekal bertenaga dalam menjaga hubungan suami isteri. 

Tips Rangsang Banyak Susu Ibu

Kak Yong sudah amalkan Set Penyusuan Shaklee selama hampir lebih 5 tahun. Kenapa Kak Yong kekal bercinta dengan Set Penyusuan Shaklee ini. Jawapannya ianya memang sangat-sangat berkesan membantu Kak Yong untuk kekal bertenaga dan juga menjayakan sesi penyusuan anak-anak Kak Yong. Production susu kekal banyak, si comel juga kenyang, badan bertenaga, kulit semakin cantik dan juga berat badan kekal maintain.

embelian melalui kad kredit juga boleh dilakukan dengan sekali klik Set Penyusuan  dan boleh hubungi Kak Yong untuk konsultansi dengan memberikan nombor invoice.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Bukit Naga, Kota Kemuning, Shah Alam, Klang, Jalan Kebun, Bukit Tinggi dan pengeposan ke seluruh Malaysia.

SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934
Email : azimah.zainuddin@gmail.com

One Response

  1. Noriza Rahman March 3, 2016