Rahsia Diet Yang Berkesan

Semua orang impikan tubuh yang kururs dan langsing. Walau bagaimanapun, kadang kala amalan diet yang salah menjadi kepada salah satu penyumbang kegagalan usaha untuk menguruskan badan. Sebenarnya, setiap program diet mempunyai rahsia diet yang berkesan.

Pertama sekali, rahsia diet yang berkesan ialah kurangkan pengambilan gula tambahan dalam makanan. Jika boleh hadkan pengambilan gula sehingga satu ke dua sudu teh sahaja sehari. Gula ini penyedap sahaja tetapi tiada kalori yang membekalkan tenaga. Jangan minum kordial berperisa, minuman campuran 3 in 1 dan juga minuman berkarbonat. Jika teringin, boleh amalkan jus buah-buahan yang dikisar sendiri. Buah memang ada gula semulajadi.

rahsia diet yang berkesan

Rahsia diet yang berkesan seterusnya ialah jangan makan karbohidrat yang telah ditapis (refined carb). Kebanyakannya terdapat dalam bijirin gandum. Ini adalah kerana segala jenis khasiat pada gandum tersebut telah dibuang. Amalkan sahaja makan roti bijirin gandum penuh kerana lebih berkhasiat, tinggi serat serta memberikan rasa kenyang yang lebih lama.

Elak menggunakan minyak sayur-sayuran seperti minya soya, minyak bunga matahari atau minyak canola. Amalkan sahaja minyak kelapa atau minyak zaitun dalam masakan. Ianya lebih sihat. Minyak sayuran yang telah diproses ini sebenarnya telah dibuang segala khasiat. Hanya indah khabar dari rupa sahaja.

Jangan ambil makanan trans-lemak yang bleh membawa kepada peningkatan kolesterol dalam darah. Makanan trans-lemak ini juga tidak dihadam sepenuhnya oleh usus. Ini membuatkan proses diet akan semakin perlahan.

rahsia diet yang berkesan

Amalkan banyak makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang tinggi serat dan kaya vitamin. Minum lebih banyak air kosong bagi membantu singkirkan toksin dalam badan. Selain itu, fokus pada pengambilan makanan yang secara konsisten, sedikit tetapi kerap. Janganlah sibuk mengira kalori makanan kerana rahsia diet yang berkesan ialah anda rasa seronok dan tidak terbeban. Ini juga merupakan rahsia diet yang berkesan.

Paling utama untuk kurus juga ialah sentiasa bersenam. Jenis senaman yang sesuai ialah boleh amalkan aktiviti yoga, berenang dan juga berjalan laju pada setiap hari. Senaman memang membantu tubuh badan untuk kurus dengan cantik dan menawan.

 

 

4 Comments

  1. Noriza Rahman March 17, 2015
    • Azimah March 18, 2015
  2. Hafizul March 19, 2015
    • Azimah March 19, 2015