Rahsia Cepat Kurus Selepas Bersalin

Semalam Kak Yong bawa si kecil Hafiy ke klinik kesihatan untuk check dan cucuk usia sebulan. Prosedur klinik kesihatan pula mewajibkan keadaan ibu juga diperiksa dengan teliti seperti pemeriksaan HB, urin, tekanan darah, periksa erut dan juga berat badan terkini. Berat badan Kak Yong paling akhir sebelum bersalin adalah 71kg dan berat badan terkini pula ialah 59kg. Kak Yong terbaca pula rahsia cepat kurus selepas bersalin dalam Majalah Rapi keluaran Mei 2015.

Rahsia Cepat Kurus Selepas Bersalin

Rahsia Cepat Kurus Selepas Bersalin yang paling utama yang Kak Yong praktikkan ialah susukan bayi anda dengan kerap setiap hari. Jika bayi anda lelaki lagi mudah kerana bayi lelaki asyik lapar susu sahaja. 500 kalori akan dibakar sehari jika ibu-ibu mengamalkan penyusuan bayi secara ekskulif. Berat badan pun akan turun dengan lebih mudah dan cepat. Jadi, kerap susukan bayi.

Selain itu, ibu juga kena sedar bahawa penurunan berat badan kepada yang diidamkan bukanlah mengambil masa yang sekejap. Sedangkan tubuh ibu pun mengambil masa 9 bulan untuk membesar. Oleh sebab itu, amalkan penurunan berat badan secara santai, konsisten serta kurang tekanan juga merupakan rahsia cepat kurus selepas bersalin. Yang penting kena sentiasa positif dan juga tetapkan target masa dan berat yang munasabah untuk kembali langsing.

Selepas berpantang, ibu-ibu juga boleh amalkan senaman ringan tiga kali seinggu selama 30 minit. Lakukan sesi berjalan-jalan di taman mahupun pusat membeli belah. Banyakkkan pergerakan serta regangan tubuh badan.

Rahsia Cepat Kurus Selepas Bersalin

Makan sedikit 5 hingga 6 sajian kecil sehari. Jangan tunggu anda benar-benar lapar baru hendak makan. Jika anda makan ketika badan sudah masuk fasa kebuluran, itu yang membuatkan anda lebih banyak kalori ketika makan. Ini juga rahsia cepat kurus selepas bersalin yang kak yong amalkan ketika berpantang.

Amalkan kudapan yang sihat seperti sumber kekacang, buah-buahan atau salad. ini bagi mengelakkan anda makan dengan lebih banyak ketika waktu makan utama. Lebihkan minum air kosong sehingga 2 liter sehari serta makan makanan yang tinggi serat seperti buah dan sayur-sayuran.

Rahsia Cepat Kurus Selepas Bersalin

Selain itu, gantikan daging berlemak dengan sumber protein sihat seperti ayam atau ikan. Ikan salmon yang lengkap dengan Omega 3 juga membantu menurunkan berat badan dengan lebih cepat. Salah satu cara yang memang Kak Yong amalkan ialah minum ESP yang merupakan protein soya sihat dan juga Omega Guard sumber Omega 3 ikan laut dalam yang memang membantu Kak Yong untuk mendapatkan berat badan ideal dengan lebih cepat lagi. Itulah rahsia cepat kurus selepas bersalin Kak Yong 🙂

 

 

2 Comments

  1. permatamama July 7, 2015
  2. permatamama July 7, 2015