Punca Terjadinya Jerawat

Adik-adik comel yang baru sahaja menginjak remaja mesti teringin nak tahu bagaimana terjadinya jerawat. Jerawat kalau sudah tumbuh di muka memang tidak boleh ditahan-tahan lagi. Terpaksalah tayang muka yang tumbuh jerawat. Hmmm…sedihnya..

Punca Terjadinya Jerawat

Punca Jerawat

Antara punca terjadinya jerawat ialah akibat perubahan hormon. Ini adalah punca yang paling utama sekali. Perubahan hormon yang dialami ketika akil baligh membuatkan persekitaran kulit muka juga turut berubah. Liang-liang pori semakin membesar dan lebihan minyak akan terjadi di kulit muka. Apabila kotoran tersumbat di liang pori muka, maka sel-sel di bahagian tersebut akan membengkak. Maka terhasillah jerawat.

Punca Terjadinya Jerawat

Faktor keturunan juga menjadi punca kepada masalah jerawat. Kalau ibu bapa ada masalah jerawat, ada kemungkinan anak-anak pun akan mewarisi masalah jerawat apabila mencecah zaman akil baligh. Ada juga bayi yang boleh dijangkit masalah jerawat pada kulit setelah lahir. Yang mana masalah ini sudah tentuk diturunkan oleh ibu bapanya secara genetik.

Hormon dan juga genetik merupakan musuh utama yang menyebabkan masalah jerawat. Oleh sebab itu, kena kawal tekanan seharian supaya tidak mengalami masalah kecelaruan hormon yang boleh menyebabkan masalah jerawat semakin serius.